Artikel PilihanBuletin

TANGKI MINYAK PROTON X70 BOCOR. APA KOMEN PROTON?

Beberapa hari lepas, seorang pemilik X70 telah memuat naik sekeping foto menunjukkan tangki petrol beliau mengalami kebocoran dan kelihatan jelas petrol menitis.

Posting yang dibuat ke laman komuniti pemilik X70 itu segera mendapat perhatian ahlinya.

Seperti yang dijangka, pemiliknya mendapat kecaman dan mulalah ada yang kata ia akaun palsu, bukan X70, SUV lain dan bermacam penafian.

Ya. Itulah realiti yang berlaku dalam komuniti ini yang kami juga perasan. Masing-masing cuba nak “mengelak” dari mengaku bahawa perkara tersebut sangat serius.

Kemudian laman facebook Aurizn Malaysia membuat perkongsian status tersebut. Lebih menarik lagi, mereka menghubungi pihak Proton untuk mendapatkan kesahihan perkara tersebut.

Dalam satu komen pendek, pihak Proton mengesahkan bahawa perkara tersebut adalah benar-benar terjadi. Buat masa ini, pihak teknikal Proton sedang menjalankan siasatan terhadap perkara ini dan berkata ia adalah kes terpencil.

Nasihat kami, jika anda menghadapi masalah yang sama, sila segera bawa ke pusat servis Proton untuk pemeriksaan lanjut. Kebocoran tangki bahanapi bukanlah perkara jenaka.

Ia berbahaya

Sangat bahaya.

Google ads
Back to top button