Buletin

PROTON X70 MASUK PARIT, GAMBAR TULAR DALAM WHATSAPP GROUP

Hari ini tular dalam aplikasi media sosial kumpulan Whatssap dua keping gambar yang menunjukkan sebuah Proton X70 mengalami kemalangan. 

Seperti kita sedia maklum, X70 merupakan model terbaharu daripada Proton. Jadi, apa sahaja yang berlaku ke atas SUV itu pasti menarik perhatian. Jika dilihat kemasan tempat duduknya, ini merupakan X70 varian premium

Gambar itu nyata mengundang pelbagai komen yang melucukan. Antanya ialah “Hi Proton, drive me to Parit, Perak…. arrived at destination.”

Komen lain pula “Bg owner ni sijil la…msian book of records. The first X70 masuk longkang…”.

Apa pun puncanya, Abang Japar harap mereka yang terlibat dalam kemalangan ini tidak mengalami kecederaan serius.

Satu sahaja nak pesan, berhati-hati di jalan raya. Ingatlah mereka yang tersayang.

Google ads
"
"
Back to top button