Buletin

ADAKAH INI FORD RANGER BAHARU?

Faktanya ialah, Ford Ranger model baharu sekarang pun sebenarnya masih menggunakan platform sama dengan T6 asal yang diperkenalkan pada 2012. Tahun ini, ia sudah menjangkau usia pengeluaran tujuh tahun dan mengikut standard industri, Ford Ranger sudah sampai masa digantikan dengan model baharu sepenuhnya.

Majalah Wheels Magazine baru-baru ini mendedahkan imej sebuah trak pikap yang dikatakan sebagai Ford Ranger generasi baharu. Memandangkan Ford Ranger memang direka dan dibangunkan di Australia, model yang masih dalam keadaan “clay model” dipercayai adalah versi awal model gantian Ranger akan datang.

Imejnya dikatakan diperoleh ketika sesi fotografi dibuat.

Menurut sumber, model baharu ini akan tiba beberapa tahun lagi kerana terdapat pasaran-pasaran lain yang baru sahaja menerima Ranger. Amerika misalnya, baru mendapat model Ranger setelah lama tidak menjualnya.

Dari hadapan, jelas kelihatan bahasa badan Ranger – kelihatan seperti FOrd Super Duty dengan rekabentuk lampu utama “C”, jeriji hadapan, perumah lampu kabus berpetak dan bampar terpisah dengan dua tona warna.

Sumber media Australia juga memberitahu kemungkinan besar Ranger hanya akan diperkenalkan pada 2021. Mereka akan memasarkan model semasa sehingga ia matang pada usia sembilan tahun.

Lagipun, model sekarang ni pun tengah panas. Buat apa tukar baru? ye tak?

Tags
Google ads
Back to top button