" "
Buletin

X70 CKD PAKAI ENJIN 1.5 TURBO? – INI KATA BOSS PROTON

Walaupun kedengaran ada kemungkinan Proton X70 versi CKD akan menggunakan enjin 1.5 turbo tiga selinder yang dikongsi Geely dan Volvo, Proton sebenarnya belum membuat sebarang keputusan lagi.

Perkara tersebut dijelaskan oleh Dato Rashid Musa, CEO Proton Edar sewaktu sesi bersama media minggu lalu yang turut menjelaskan sambutan terhadap X70 cukup menggalakkan di mana mereka menerima purata tempahan sebanyak 200 hingga 300 unit sehari sejak ia dilancarkan secara rasmi dua minggu yang lalu.

Jika mengikut apa yang dirancangkan, spesifikasi CKD adalah sama dengan versi CBU. Ada terlalu banyak perkara yang perlu diselesaikan sementara menunggu fasiliti pemasangan X70 disiapkan di Kilang Proton Tanjung Malim. Buat masa ini, tiada perancangan mengenai pemasangan enjin versi lain.

Versi CKD akan mendapat enjin sama TGDi empat selinder turbo 1.8 sebagaimana versi CBU.

BACA: PROTON X70 TERIMA LEBIH 15,000 TEMPAHAN

“Masih terlalu awal untuk membuat sebarang perancangan kerana X70 baru sahaja dilancarkan, kurang dari sebulan. Proton mahu melihat pasaran semasa yang akan dihadapinya”

“Kami mahu lihat respon pasaran terhadap model ini. Perlu lihat bagaimana pesaing kami bertindak, dan kemudian barulah kami buat keputusan. Tapi buat masa ini, versi CKD akan menggunakan enjin 1.8T ” Ujar Rashid.

Google ads
Back to top button