Buletin

SELEPAS 5 MINGGU, LEBIH 2,000 UNIT PROTON X70 TELAH DISERAHKAN KEPADA PELANGGAN

Proton semalam mengumumkan bahawa ia telah menyerahkan lebih 2,000 unit Proton X70 kepada para pelanggan. 

Sejak dilancarkan pada 12 Disember 2018, X70 nyata menerima sambutan yang sangat memberangsangkan. Buktinya, Proton sudah menerima lebih 15,000 unit tempahan untuk SUV pertamanya itu. 

Angka itu juga menunjukkan pengguna seolah-olah kembali percaya kepada jenama Proton. 

BACA: PROTON X70 PEMASANGAN TEMPATAN (CKD) AKAN BERMULA OKTOBER 2019

Bagi mengelakkan situasi di mana pelanggan perlu menunggu lama untuk mendapatkan X70 masing-masing, Proton kini berusaha keras untuk mempercepatkan tempoh penyerahan dalam masa terdekat. 

“PROTON amat berterima kasih di atas sokongan rakyat Malaysia terhadap Proton X70. Kami  akan membayar semula jasa mereka dengan menyerahkan kereta secepat mungkin. 

“Ini merupakan satu permulaan seperti yang diharapkan oleh Syarikat bagi tahun 2019. Kami harap momentum ini dapat  dan dikekalkan sepanjang tahun ini,” kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dato’ Radzaif Mohamed.

Google ads
"
"
Back to top button