Buletin

TEROWONG BULAT DENGAN EMPAT SEGI TAK MATCHING. KAN SANGKUT TRAK TU!!!

Kalau sudah tahu memandu lori ataupun trak dengan muatan belakang empat segi, jangan pula try masuk laluan terowong bulat kecil.

 Akibatnya, kau akan tersangkut nanti!!!

Tak percaya, klip dirakam di Lake Forest, California, Amerika Syarikat (AS) menunjukkan sebuah trak U-Haul mencuba nasib melalui terowong kecil dengan reka bentuk bulat tersangkut di laluan berkenaan.

Ia berikutan trak membawa muatan berbentuk empat segi di bahagian belakang sama sekali tidak sepadan melalui laluan masuk terowong dengan reka bentuk bulat dan agak kecil itu.

Begitupun, dalam rakaman tidak menunjukkan apa yang berlaku selepas kejadian tersebut. Kemungkinan besar pemandu trak mengundurkan semula jentera.

Menariknya, terdapat penghalang berwarna kuning memaklumkan pengguna jalan raya sama ada mereka boleh ataupun tidak boleh melepasi laluan terowong itu.

Ini mungkin kes pemandu tidak menyedari amaran tersebut ataupun berdegil hendak mencuba nasib mencelah masuk laluan kecil. – agensi

Google ads
Back to top button