MINI COOPER CURI TERSANGKUT DALAM SIMEN BASAH – DAH LA MENCURI MABUK PULA TU
Lakewood, Washington, AS dikejutkan dengan berita seorang wanita melarikan sebuah Mini Cooper Countryman sebelum tersangkut di dalam konkrit binaan jalan yang belum mengeras. Beliau meninggalkan kereta tersebut dan melarikan diri dengan membawa bersama seorang kanak-kanak.
Menurut pihak polis, saksi melihat wanita terbabit membuang beberapa barangan dari kereta tersebut sebelum melarikan diri dengan seorang kanak-kanak dan sebotol wiski. Ha mabuk la lagi mabuk.
Kejadian dikatakan berlaku di persimpangan Winona St dan Edgewood Avenue pada jam 1.53 pagi. Sebaik tersangkut di dalam konkrit, wanita berusia 32 tahun membuang sebuah periuk elektrik, sebuah televisyen dan sebotol minuman keras dengan separuh isian sebelum melarikan diri dengan seorang kanak-kanak berusia 4 tahun.
Keduanya kemudian ditemui hasil bantuan orang ramai dan wanita tersebut ditahan pihak polis.
Gambar lokasi kejadian yang diambil menunjukkan yang ia sebuah bulatan yang sedang dibina. Jadi buang barangan keluar tu kononnya untuk mengurangkan berat kereta la kot. Boleh tahan jugak kreatif walaupun sedang mabuk.
Laporan terkini dari media di sana mengatakan barangan dan kereta tersebut dicuri dari ibu suspek terbabit. Masalah dalaman ni gayanya.
Mahkamah Daerah Lakewood mengenakan beberapa pertuduhan kepada wanita tersebut antaranya ialah memandu dengan cuai, langgar lari dan merosakkan harta awam, dua tuduhan keganasan domestik dan memandu di bawah pengaruh alkohol.
Aduh boleh tahan meringkuk dalam tahanan kalau sabit semua kesalahan. Lain kali fikir habis-habis sebelum nak buat sesuatu perkara tu.