Buletin

NAK PERGI MANA SAMPAI TERSANGKUT BAWAH JEJAMBAT PEJALAN KAKI?

Sebuah pesawat Air India tidak berdaftar yang dilupuskan tersangkut di bawah jejambat pejalan kaki ketika dibawa melalui lebuh raya Delhi-Gurugram, New Delhi, India.

Dalam satu kenyataan syarikat Air India kepada wartawan ANI, pesawat berkenaan telah dibatalkan pendaftaran dan dijual.

“Pesawat terbabit telah diangkut oleh pembeli pada malam Sabtu sebelum ia tersangkut di bawah jejambat.

“Air India tiada kaitan berhubung insiden tersebut,” kata kenyataan itu.

Klip video itu menunjukkan kenderaan sedang bergerak di satu laluan di lebuh raya tersebut, sementara yang lain terhenti disebabkan pesawat tidak bergerak.

Bahagian depan pesawat itu dilihat melintas bawah jejambat pejalan kaki tersebut manakala separuh lagi badan kapal terbang tersekat. – NDTV

Google ads
Back to top button