
TESLA CYBERTRUCK BERKARAT? EH KATA STAINLESS STEEL…..
Perkataan stainless steel merujuk kepada keluli lasak tahan karat yang digunakan secara meluas sabagai peralatan memasak seperti periuk dan juga pisau. Namun apa yang merunsingkan pemilik baru ialah bahagian luar Cybertruck mudah dikotori dengan dengan minyak gris dan juga air hujan
Malah ada beberapa pemilik awal Cybertruck melaporkan yang panel luar Cybertruck ini mula membentuk kotoran yang berwarna perang yang sinonim dengan tanda pengaratan dan kakisan walaupun EV ini hanya baru sahaja dibeli dan dipandu di atas jalan raya.

Laman sesawang Futurism melaporkan salah seorang pemilik mengesan kotoran perang seakan karat selepas memandu di dalam hujan selama 2 hari berturut-turut. Walaupun telah dibasuh dengan menggunakan sabun khas untuk kenderaan, tompokan bulat kecil berwarna perang itu kekal dan tidak boleh ditanggalkan
Hal ini turut dilaporkan oleh seorang lagi pemilik Cybertruck yang memandu dalam hujan di Los Angeles. Laporan telah dibuat kepada pusat servis Tesla, direkod dan pemilik akan dipanggil dalam masa sebulan lagi untuk tujuan pembaikan. Malah lebih memalukan Cybertruck ini baru sahaja dipandu sejauh 613km.
Namun ada beberapa pemilik Cybertruck mendakwa kes ini adalah terpencil dan mungkin disebabkan oleh pencemaran, masalah habuk semasa pembuatan dan juga kecacatan permukaan. Namun isu pembuatan stainless steel pada Cybertruck adalah mimpi ngeri pada Tesla dan Elon Musk disebabkan proses pembuatan yang kompleks.

Malah manual yang dikeluarkan dan dihasilkan oleh Tesla sendiri mengesahkan yang panel stainless steel adalah terdedah kepada bahan yang boleh menyebabkan isu pengaratan seperi minyak gris, minyak, getah pokok, serangga yang mati dan melekat pada pemukaan panel yang perlu dibasuh dengan segera bagi mengelakkan isu pengaratan
Walaupun dinamakan sebagai stainless steel, ini tidak bermakna Cybertruck yang dikatakan kalis peluru ini tidak perlu dibasuh dan dijaga bagi mengelakannya daripada berkarat. Stainless steel hanya memiliki keupayaan yang lebih baik berbanding dengan keluli lain sahaja seperti yang disebut dalam laman sesawang INI

