Artikel Pilihan

LUCID MOTORS, BAKAL MENCABAR TESLA. LAGI POWER, LAGI JAUH, LAGI CUN

Adakah anda pernah dengar Fisker Automotive? Kalau tak pernah tak ada masalah kerana syarikat ini telah bankrupt dan diambil alih oleh syarikat dari China, Wanxiang Group. Apa yang menariknya Fisker sebenarnya diberi kontrak untuk mereka kenderaan elektrik oleh Tesla, namun semasa pembangunan Fisker mendapat ilham dan menghasilkan kereta ereka sendiri

Walaupun Tesla kalah dalam saman di mahkamah, Fisker pula gagal bertapak dalam dunia kereta elektrik meninggalkan Tesla sebagai pemain utama kereta elektrik. Sehinggalah muncul satu jenama baru iaitu Lucid Motors yang berpengkalan di Silicon Valley dalam bisnes kereta elektrik.

Ini fakta yang sangat menarik yang kami jumpa berkenaan Lucid Motor:

1. Sebelum dikenali dengan nama Lucid Motor, syarikat ini dikenali dengan nama Atieva ditubuhkan oleh Bernard Tse dan Sam Weng pada tahun 2007 dengan fokus menghasilkan komponen kereta elektrik iaitu bateri dan sistem powertrains. Atieva bertanggungjawab untuk menghasilkan komponen bagi perlumbaan Formula E.

2. Mulai tahun 2016, Atieva dijenamakan semula oleh Chief technology Officer iaitu Peter Rawlinson selepas dilantik ke posisi berkenaan. Untuk pergi jauh Peter berpendapat nama Atieva tak berapa glemer dan digantikan dengan Lucid Motor Incorporated.

3. Peter Rawlinson merupakan orang yang sangat berpengalaman dalam dunia automotif. Graduan lulusan Imperial College London ini pernah berkhidmat sebagai jurutera di Jaguar, Ketua Jurutera di Lotus, dan jawatan terakhirnya ialah Vice President of Vehicle Engineering di Tesla. (jeng jeng jeng)

Penglibatan Peter di dalam pembangunan Tesla S sebagai Ketua Jurutera Projek memang tidak boleh dinafikan. Namun macam biasa Elon Musk mengatakan Peter tidak terlibat dengan Model S dan meninggalkan Tesla dalam saat yang sukar. Kalau abam pun takkan kerja dengan Musk ni, pelik sangat perangainya

Peter Rawlinson

4. Selepas dilantik menjadi CTO, Peter merekrut Derek Jenkins sebagai Timbalan Presiden Rekabentuk Lucid Motor. Derek berpengalaman luas dalam rekaan automotif memulakan karier di Audi Design (Audi A2, A8) Volkwagen (Scirocco), dan jawatan terahirnya ialah Ketua Pengarah Rekabentuk Mazda Amerika dalam memperkenalkan Shinari Concept.

Derek mengetuai pasukan dalam penghasilan Mazda MX5 terbaru sehingga meraih anugerah World Car Design 2016. Jika anda sukakan rekaan Mazda, Audi dan Volkswagen maka anda akan sukakan rekaan kereta Lucid.

5. Antara pelabur awal Lucid Motor ialah Tsing Capital, Mitsui, Venrock, dan JAFCO dengan nilai pelaburan sebanyak USD 131 juta. Duit inidigunakan untuk pembangunan prototaip yang berfungsi bagi menarik lebih banyak pelabur.

Derek Jenkins

Namun pelaburan paling besar datang dari Public Investment Fund of Saudi Arabia sebanyak USD 1 billion dollar dengan memegang sehingga 61% pegangan saham Lucid Motor. Namun terma pelaburan masih dirahsiakan dan pihak berkuasa tidak meluluskan pelaburan ini sehinggalah pada 2019. Wang ini dilaburkan bagi pembinaan kilang baru di Casa Grande dengan kapasiti 130,000 unit setahun apabila beroperasi secara penuh.

6. Sama seperti Tesla, Lucid Motor mensasarkan segmen sedan ultra mewah pada permulaan jualan dan menjadikan Mercedes S Class sebagai tanda aras mereka, bukannya Tesla. Visi syarikat ini kelihatan sangat positif kerana pengkritik mengatakan walaupun Tesla Model S dilabelkan sebagai kerat mewah, ia gagal menghasilkan kualiti kereta mewah.

Peter menegaskan segmen ultra mewah ini membuatkan mereka fokus dengan kualiti dan hanya dihasilkan dalam kuantiti yang kecil sahaja. Apabila nilai kualiti berjaya diterapkan pada 2000 kakitangan, barulah mereka akan menghasilkan kereta yang lebih murah.

Lucid Air

7. Antara model yang bakal diperkenalkan oleh mereka ialah Lucid Air yang datang dengan 3 varian yang berbeza iaitu Lucid Air, Lucid Air Touring dan Lucid Air Grand Touring serta paling mahal Lucid Air Dream. Lucid Air akan dikuasakan dengan satu motor berkuasa 480 kuasa kuda dengan jarak pemanduan 653km

Lucid Air toring dikuasakan dengan 2 motor 620 kuasa kuda dengan jarak 653km. Namun versi paling canggih ialah Lucid Air Grand Touring (800 kuasa kuda dan versi mewah Lucid Air Dream (1080 kuasa kuda) yang datang dengan 2 motor elektrik. Ia memiliki jarak pemanduan sehingga 832km (517 batu) untuk sekali cas.

8. Berbeza dengan Tesla, Lucid menggunakan Permanent Magnet Synchronize Motor yang lebih efisyen berbanding dengan motor induksi magnet yang menggunakan banyak wayar elektrik untuk menghasilkan medan elektrik. Disebabkan wayar elektrik ini wujud, tenaga elektrik akan terbuang dalam bentuk haba. Disebabkan ini, motor elektrik dalam Lucid Air lebih efisyen berbanding dengan Tesla.

No 4 – Axial Jet Cooling Manifold

9. Bagi menjadikan motor elektrik mereka leboh efisyen, jurutera Lucid telah mereka satu sistem penyejukan khas yang diberi nama Axial Jet Cooling Manifold (tiada kaitan dengan Perodua Axia) pada wayar tembaga dalam motor elektrik bagi memastikannya sentiasa sejuk. Suhu yang rendah memastikan motor sentiasa sejuk dan memudahkan elektron lalu dan menjimatkan tenaga elektrik. Hasilnya motor menjadi lebih cekap tenaga.

Kalau jurutera FB Malaysia letak kad magnet setel…..

10. Bukan itu sahaja, motor ini juga lebih kecil dan lebih ringan memudahkan jurutera untuk pakejing. Motor, inverter, unit transmisi dan differential dipakejkan dalam satu unit dengan berat sekitar 74kg sahaja. bagi enjin pembakaran dalam konvensional, adalah biasa untuk memiliki berat antara 150-200kg. Lucid boleh mereka kereta dengan 1, atau 2 atau 3 motor bergantung pada aplikasi.

Unit power train

11. Lucid menggunakan bateri lithium ion yang dibekalkan oleh Samsung dan LG Chem, namun untuk sistem pakejing dibuat sendiri oleh mereka bagi memuatkannya dalam cesi Lucid. Modul bateri ini dipakejkan dalam 22 unit dan setiap unit memiliki 42 volt menjadikan sistem Lucid memiliki 924 volt. Berat sistem bateri ialah sekitar 499kg sahaja dan jumlah tenaga ialah 113 kWh.

Bagi meningkatkan kecekapan, jurutera Lucid mereka sistem dengan menggunakan nilai arus elektrik yang kecil namun Volt yang besar. Semakin besar nilai arus, semakin tinggi rintangan elektrik dalam sistem yang terbuang sebagai haba.

12. Dalam kereta enjin petrol atau disel, kita akan mengukur berapa jarak yang boleh dicapai bagi seliter bahan api. Bagi kereta elektrik ia diukur dalam dengan mengambil jarak pemanduan dibahagikan dengan kuasa sistem. Lucid menghasilkan 4.6 batu per kilowatt hour (517/113kWh) merupakan satu angka yang jauh meninggalkan pesaing mereka.

Pek bateri

Tesla Model S memberikan nilai 4.1 batu/kWh, Chevrolet Bolt 3.9 batu/kwh dan Nissan Leaf 3.6 batu/kWh. Ini bermakna bagi setiap 1 kWh yang dihasilkan oleh bateri, Lucid boleh dipandu sejauh 1 batu atau 1.63km lebih dari Nissan Leaf.

13. Bateri menghasilkan arus terus atau Direct Current manakala motor elektrik menggunakan arus ulang alik atau alternate current. Jadi arus terus dari bateri mesti melalui inverter bagi menukar menjadi arus ulang alik. Antara komponen yang ada dalam inverter ialah cip Silikon Carbide MOSFET yang lebih efisyen. Kebanyakan pesaing Lucid penggunakan cip MOSFET tanpa Carbide yang tidak sesuai untuk aplikasi voltan tinggi.

Sistem pengecasan pantas

14. Lucid Air Touring dengan kuasa 1080 kuasa kuda mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 2.5 saat sahaja, lebih pantas dari Tesla Model S dan memiliki halaju maksima pada 378km/jam. Ia akan dilengkapi dengan sistem pengecasan pantas dengan kapasiti 20 minit pengecasan untuk jarak 482km.

15. Dalam aspek keselematan Lucid Air akan dilengkapi dengan 32 sensor ADAS yang terdiri daripada gabungan sensor ultrasonic, sensor radar, dan sensor LIDAR definasi tinggi. Terdapat satu kamera dalam kabin yang akan mengesan arah mata oemandu bagi mengagak arah pemanduan dan semua sistem ini boleh dinaiktaraf menjadi kereta pemanduan automatik penuh.

16. Model Lucid Air dijual pada harga RM 291,000 bagi model asas, Air Touring RM 364,000 dan RM 547,000 bagi model Air Grand Touring berdasarkan penukaran matawang semasa. Lucid Air hanya akan mula dijual bermula tahun 2022.

Google ads
Back to top button