Buletin

INDONESIA ATASI THAILAND DAN MALAYSIA, CATAT REKOD JUALAN KERETA LEBIH 500,OOO UNIT

Menerusi data dikeluarkan oleh Persekutuan Automotif ASEAN, Indonesia kini merupakan negara mempunyai jualan kereta terbanyak di ASEAN pada separuh tahun 2023.

Secara keseluruhan, jualan kereta di Indonesia pada Januari-Jun 2023 mencapai angka 505,985 unit, sekali gus mengatasi pesaing seperti Singapura dan Malaysia.

Selain itu, jualan kereta di Indonesia juga dilaporkan lebih banyak berbanding tahun sebelumnya, meningkat 6.5 peratus.

Keunggulan Indonesia disaingi oleh Thailand, negara kedua terlaris di Asia Tenggara untuk jualan kereta.

Untuk rekod, angka jualan di negara Gajah Putih ini mencecah 406,131 unit.

Walau bagaimanapun, jumlah tersebut menunjukkan Thailand sedang mengalami kemerosotan berbanding tahun sebelumnya, mencatatkan jualan 427,296 unit.

Bagi negara kita pula, Malaysia berada di tempat ketiga dengan hasil jualan sebanyak 366,037 unit, meningkat sebanyak 10.3 peratus.

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) baru-baru ini menaikkan unjuran jumlah keseluruhan industri (TIV) bagi keseluruhan 2023 kepada 725,000 unit berbanding unjuran sebelum ini 650,000 unit.

Menurut MAA, unjuran baharu itu berikutan jualan kenderaan bermotor baharu terus berkembang kukuh pada separuh pertama 2023.

Google ads
Back to top button