
KILANG ISUZU PINDAH DARI THAILAND KE INDONESIA, PRODUKSI SEAWAL TAHUN DEPAN
Pembuat trak Jepun, Isuzu Motors merancang untuk memindahkan sebuah kilang dari Thailand ke Indonesia dan sedia memulakan pengeluaran seawal tahun depan.
Menurut menteri industri Indonesia, Agus Gumiwang Kartasasmita, Isuzu bagaimanapun masih belum menjawab atau menyatakan sebarang pengesahan.
“Kami menghargai keputusan Isuzu. Kami akan memberikan insentif serta menyokong proses penempatan semula,” katanya.

Untuk rekod, Isuzu terdahulu sudah mempunyai kilang yang terletak di Karawang, Indonesia.
Indonesia kini mengeluarkan kereta untuk beberapa jenama Jepun termasuk Honda, Mitsubishi dan Suzuki.
Tambahan, Indonesia juga sedang merangka untuk meletakkan dirinya sebagai pusat pengeluaran bateri kenderaan elektrik, memanfaatkan bahan mentah di negara Republik itu.
- BACA: SUV MITSUBISHI BAKAL DILANCAR DI INDONESIA, XFC CONCEPT DALAM BENTUK PRODUKSI
- BACA: SYARIKAT TEKSI INDONESIA, BLUE BIRD RANCANG BELI EV BAHARU BYD – MANFAAT EV KOS RENDAH
- BACA: DAIHATSU PILIHAN SEJUTA UMAT INDONESIA – CATAT PERTUMBUHAN POSITIF
- BACA: SEGALANYA TENTANG TOYOTA YARIS CROSS, SUV HYRBID TERMURAH DI INDONESIA