
TESLA TAK BOLEH JADI KERETA PERONDA – POLIS CALIFORNIA
Wilayah California merupakan wilayah yang paling aktif mempromosikan penggunaan tenaga hijau, pengharaman kereta berenjin dan menggunakan peraturan alam sekitar yang paling ketat di atas dunia ini. Salah satu cara yang dilakukan oleh California ialah dengan memperkenalkan kereta peronda polis berkuasa elektrik
Namun selepas menggunakan Tesla, jabatan polis California mendapati masalah seperti kekurangan pusat mengecas, ruang dalaman yang sempit, proses pemasangan peralatan polis yang mahal dan mengambil masa panjang, dan gangguan dari sistem ADAS menjadi isu utama di kalangan anggota
Police Chief Cedric Crook dari Ukiah, California mengatakan ruang tempat duduk belakang Tesla adalah kecil dan hanya muat untuk membawa satu pesalah sahaja dalam satu masa dan menyebabkan lebih banyak kereta Tesla diperlukan untuk dihantar ke kawasan jenayah
Dalam satu kejadian yang memerlukan anggota polis untuk membawa saksi dan penjenayah ke Mexico pada jarak 630 batu (1013km), pihak polis perlu berhenti beberapa kali untuk mengecaj dengan masa pengecasan terkumpul melebihi sejam.
Keadaan ini menjadikan situasi di atas adalah bahaya pada anggota polis yang bertugas jika proses pengecasan berlaku di kawasan pedalaman. Cedric Crook menyatakan isu ini bukanlah satu masalah besar bagi kereta peronda yang menggunakan enjin petrol
Disebabkan ruangan dalam yang tidak berapa besar juga, ada anggota polis menyatakan adalah sukar untuk keluar dan masuk dari kereta peronda polis Tesla Model 3. Apatah lagi anggota polis perlu memakai tali pinggang yang dipasang dengan peralatan keselamatan polis seperti pistol
Dalam kejadian tembak menembak, SOP pihak polis menyatakan anggota polis perlu berlindung di sebalik enjin. Bagi Tesla yang tidak memiliki enjin, perkara ini tidak boleh dijadikan SOP lantas menyebabkan anggota polis terdedah pada risiko nyawa
Jika anda rasa Tesla Model Y adalah SUV yang lebih baik untuk dijadikan kereta peronda, anda silap kerana ujian mendapati anggota polis terasa sempit di dalam Tesla Model Y selepa memakai jaket perlindungan peluru dan juga tali pinggang polis
Sistem ADAS yang dihasilkan oleh Tesla juga menghalang anggota polis California untuk memijak pejalan kaki dalam sesi mengejar penjenayah. Bagi polis California, Ford F-150 Lightning adalah calon kereta peronda yang lebih sesuai dari Tesla