
UMW TOYOTA MOTOR CATAT JUMLAH JUALAN 9,228 UNIT SEPANJANG SEPTEMBER
UMW Toyota Motor mencapai pertumbuhan jumlah jualan yang positif bagi bulan September, apabila merekodkan 9,228 unit Toyota dan Lexus.
Sepanjang tahun 2023, UMW Toyota Motor kini mencatat jumlah jualan sebanyak 76,511 unit, naik 8.0 peratus berbanding 70,872 unit dalam tempoh yang sama tahun lepas.
Selain itu, Toyota terus memperkukuh tawarannya di Malaysia melalui Yaris IMP untuk mengukuhkan kedudukan utamanya dalam pasaran hatchback segmen B bukan nasional.

Sejak dilancarkan pada 2019, Toyota berjaya memperolehi hasil jualan lebih 60,300 unit Yaris.
Perkembangan berkaitan, Toyota juga memperkenalkan aplikasi Toyota MY bagi meningkatkan pengalaman digital kepada pelanggan, termasuk menggabungkan ciri Toyota Drive dan Toyota 24Seven.
Bukan itu sahaja, UMW Toyota Motor turut menawarkan promosi pinjaman seratus peratus bagi bakal pemilik yang ingin mendapatkan kenderaan Toyota baharu.
Pelanggan boleh memilih pilihan pelan ansuran serendah RM688 sebulan untuk Toyota Vios terbaharu, manakala pembeli Toyota Camry baharu boleh menikmati diskaun sehingga RM15,000.
- BACA: KUALITI DAN STANDARD KESELAMATAN TOYOTA VIOS 2023 TERJAMIN – UMW TOYOTA MOTOR
- BACA: UMW TOYOTA MOTOR LANCAR TOYOTA ECO YOUTH EDISI 2022/2023. TEMA ‘CHAMPIONING MOBILITY’
- BACA: UMW TOYOTA MOTOR CATAT JUALAN SEBANYAK 8,004 UNIT PADA MEI, MENINGKAT 8 PERATUS
- BACA: TOYOTA CROWN SPORT DIPERKENALKAN DI JEPUN – EH, INI TOYOTA KE FERRARI BANG?