Buletin

TOYOTA VIOS 2023 DILANCAR, REKAAN BARU YANG LEBIH PREMIUM

UMW Toyota Malaysia telah melancarkan model sedan segmen B serba baru pada hari ini iaitu Toyota Vios 2023. Dibangunkan dengan menggunakan platform Daihatsu New Global Architecture yang serba baru, Toyota Vios ini juga menampilkan rekaan luar yang mengetengahkan konsep fastback sedan.

Platform DNGA ini juga membenarkan Toyota memanjangkan jarak antara roda sebanyak 70mm menjadi 2620mm bagi menawarkan ruang dalaman yang lebih luas untuk pemandu dan juga penumpang. Toyota Vios 2023 ini datang dengan panjang 4425mm, lebar 1740mm dan juga tinggi 1480mm.

Enjin 1500cc 4 silinder dual VVT-i 2NR-VE pula telah dipertingkatkan untuk menawarkan pecutan yang lebih berkuasa berbanding dengan model sebelumnya. Enjin ini digandingkan dengan transmisi CVT 7 kelajuan dengan ciri Sequential Shiftmatic dengan paddleshift berada di belakang roda stering.

Enjin ini menawarkan 104 kuasa kuda dan 138Nm tork pada 3800 RPM berupaya membawa Toyota Vios ini pada kelajuan maksimum 180km/jam dengan mudah. Namun pada masa yang sama ia tetap menawarkan penjimatan bahan api yang mengagumkan pada 19.23km/liter biarpun menggunakan rim bersaiz 17 inci.

Antara ciri-ciri baru yang diperkenalkan pada Toyota Vios 2023 termasuklah:

1. Lampu depan teknologi LED dengan menggunakan sistem projektor dan juga ciri Auto High Beam

2. Aero Side Port di bampar depan bagi meningkatkan ciri aerodinamik kereta ketika dipandu laju

3. Rim bersaiz 17 inci dan dibalut dengan tayar Continental PremiumContact Comfort

4. Pemasangan rear canard di bampar belakang bagi menggantikan lampu kabus serta lampu penukar arah dengan ciri sequential

5. Roda stering lengkap dengan ciri ketinggian boleh laras dan ciri teleskopik

6. Kedudukan tombol gear dinaikkan rapat ke stering bagi memudahkan proses penukaran gear oleh pemandu

7. Pengenalan brek parkir elektrik lengkap dengan ciri autohold

8. Sistem multimedia dipertingkatkan dengan ciri Android Auto dan Apple Car Play tanpa wayar

9. Kamera 360 darjah yang lebih terang

10. Corong penyaman udara di bahagian belakang dan juga 2 poin USB (type A dan type C)

11. Penambahan ciri keselamatan dalam pakej Toyota Safety Sense yang merangkumi Lane Departure Prevention, Front Departure Alert, Adaptive Cruise Control, Lane Keeping Control dan Auto High Beam. Ciri ini merupakan ciri tambahan kepada Pre-Collission System dan Lane Departure Warning

Toyota Vios 2023 akan dijual pada harga RM 90,000 bagi varian 1.5E dan RM 96,000 bagi varian 1.5G

Google ads
Back to top button