" "
Buletin

TRAK REMPUH JEJAMBAT SAMPAI GERAK 2 METER!!!

Sebuah trak dilaporkan merempuh kuat jejambat sehingga menyebabkan sebahagian besar struktur itu bergerak 2 meter daripada kedudukan asal di Georgia, Amerika Syarikat.

Insiden berkenaan menyebabkan sebahagian besar lebuh raya 1-16 terbabit terpaksa ditutup kepada aliran trafik.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa mahupun kecederaan dilaporkan dalam kejadian berlaku pada waktu malam berkenaan.

Pihak berkuasa terpaksa merobohkan keseluruhan struktur itu kerana tidak lagi berada dalam keadaan selamat.

Kerja-kerja merobohkan jejambat itu sudah dilakukan dan kerja-kerja pembinaan semula akan diadakan dalam tempoh beberapa minggu lagi.

Menurut Atlanta Journal-Constitution, lebuh raya berkenaan menjadi laluan mencecah 21,000 kenderaan pada setiap hari.

Pihak berkuasa terpaksa menyediakan laluan alternatif kepada pengguna jalan raya berikutan kemalangan tersebut. – carscoops

Google ads
Back to top button