Buletin

SUV ELEKTRIK PERTAMA TURKI SEDIA MASUK PRODUKSI

Syarikat kerjasama automotif Turki atau dikenali sebagai Automotive Joint Venture Group (TOGG) mula mendedahkan dua model prototaip pertama SUV elektrik dan sedan pada tahun 2019.

Model SUV elektrik pertama dalam segmen C itu bakal memasuki produksi pada tahun hadapan dan diikuti oleh sedan.

Fasiliti produksi TOGG yang bakal digunakan untuk memasang SUV itu terletak di daerah Gemlik, wilayah Bursa dan dijangka siap sepenuhnya menjelang awal tahun 2022.

Selain itu, TOGG juga dalam perancangan membangunkan tiga lagi model sepanjang tahun 2030.

Menurut laporan Daily Sabah, 75 peratus daripada pembekal komponen TOGG terletak di Turki, sementara selebihnya (25 peratus) datangnya daripada Eropah dan Asia.

Versi asas model SUV dan sedan itu bakal dilengkapi motor elektrik tunggal pacuan roda belakang yang mampu menjanan kuasa 200 hp.

Bagi varian lebih berkuasa, ia dipadankan kombinasi motor elektrik pada gandar depan dan belakang, dengan jumlah kuasa keseluruhan 400 hp.

Model flagship pula dilengkapi pek bateri berkapasiti lebih besar dan mampu menawarkan jarak perjalanan sejauh 500 km dengan masa pengecasan mencapai kapasiti 80 peratus dalam masa kurang 30 minit. – carscoops

Google ads
Back to top button