
Buletin
CHINA DEDAH KERETA API LAJU CECAH 600 KM/J. JENTERA DARAT TERPANTAS DI DUNIA
China mendedahkan kereta api maglev yang berupaya mencapai kelajuan maksimum mencecah 600 km/j.
Kereta api dibangunkan negara China di pesisir bandar Qingdao dengan kelajuan maksimum mencecah 600 km/j menjadikan ia kenderaan darat terpantas sedia ada di dunia.
Dengan kelajuan tersebut, ia mengambil masa selama 2.5 jam sahaja dari Beijing ke Shanghai dalam jarak perjalanan melebihi 1,000 kilometer (km).

Sebagai perbandingan, perjalanan tersebut mengambil masa selama 3 jam melalui udara dan 5.5 jam menggunakan tren kelajuan tinggi.
Menurut China Railway Rolling Stock Corporation, teknologi dibangunkan sendiri oleh China, menandakan pencapaian saintifik dan teknologi terkini di negara terbabit dalam bidang transit rel, –reuters/SCMP
- BACA: PEMANDU KERETA API LAJU SHINKASEN PERGI ‘MELABUR’. MINTA KONDUKTOR GANTI, BAKAL KENA TINDAKAN TATATERTIB
- BACA: KERETA API LAJU INDONESIA MULA OPERASI TAHUN DEPAN
- BACA: NAIK KERETA API LAJU, JAKARTA-BANDUNG HANYA 45 MINIT. TAMBANG RM70 SEHALA
- BACA: PENGGUNA TIKTOK BODOH DIBURU POLIS. RAKAM VIDEO ATAS LANDASAN KERETA API