UMWT JUAL 108,107 UNIT KERETA TAHUN 2023, MENINGKAT TUJUH PERATUS BERBANDING 2022
UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) mencatat prestasi jualan positif untuk keseluruhan tahun 2023 selepas menjual 108,107 unit Toyota dan Lexus berbanding 101,035 unit pada 2022.
Pencapaian jualan UMWT tahun lalu adalah tujuh peratus lebih tinggi berbanding 12 bulan 2022.
Bagi Disember, UMWT terus mencatatkan aliran jualan positif sebanyak 10,402 unit terdiri daripada 10,079 unit Toyota dan 323 unit Lexus.
UMWT turut merekodkan 1,342,130 pelanggan kembali kepada perkhidmatan selepas jualannya tahun lalu, sekali gus mempamerkan komitmen terhadap kepuasan pelanggan dan kecekapan penjagaan automotifnya.
Presiden UMWT, Datuk K Ravindran, berkata syarikat itu terus berusaha untuk menawarkan pengalaman mobiliti yang diperkaya menerusi jenama Toyota, selain meluaskan akses kepada pemilikan untuk bakal pelanggan.
Menurut UMWT, Toyota mengukuhkan komitmennya untuk menyokong matlamat bercita-cita tinggi Malaysia bagi mencapai pelepasan gas rumah hijau bersih-sifar menjelang 2050, sasaran penting di bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR).
Ravindran berkata, UMWT sentiasa mengekalkan standard dan kualiti tertinggi dalam kenderaan kami, ditambah pula dengan mengukuhkan kepuasan pelanggan.
Tambahnya lagi, tumpuan UMWT 2024 adalah pada memperkenalkan lebih banyak model, terutamanya dengan penekanan pada teknologi xEV.
- BACA: KUALITI DAN STANDARD KESELAMATAN TOYOTA VIOS 2023 TERJAMIN – UMW TOYOTA MOTOR
- BACA: UMW TOYOTA MOTOR DAN PERSATUAN ALAM SEMULAJADI TANAM LEBIH 6,000 POKOK
- BACA: UMW TOYOTA TAYANG MODEL ELEKTRIK TOYOTA bZ4x. MEMANG LAWA HABIS
- BACA: UMW TOYOTA MOTOR LANCAR TOYOTA ECO YOUTH EDISI 2022/2023. TEMA ‘CHAMPIONING MOBILITY’