Buletin

KUALITI DAN STANDARD KESELAMATAN TOYOTA VIOS 2023 TERJAMIN – UMW TOYOTA MOTOR

UMW Toyota Motor mengumumkan bahawa penjualan Toyota Vios serba baharu akan diteruskan kerana tidak mempunyai sebarang masalah dengan standard keselamatan atau kualiti kenderaan.

Kenyataan itu dibuat setelah Daihatsu pada 28 April lalu menyatakan Toyota Vios baharu merupakan salah satu dari empat model yang tidak menepati prosedur ketidakteraturan.

Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ravindran K. berkata, “kami ingin memberi jaminan bahawa Toyota Vios serba baharu mematuhi semua peraturan keselamatan dan tiada kompromi terhadap kualiti kenderaan.”

Tambahnya lagi, model berkenaan memenuhi pensijilan UN-R95 dan tidak ada keperluan untuk membuat panggilan semula.

“Kami dengan tulus ikhlas memohon maaf atas sebarang kesulitan. Kami ingin memberi jaminan kepada semua orang tentang keselamatan dan kualiti kenderaan kami.

“Komitmen terhadap keselamatan pelanggan sentiasa kekal menjadi keutamaan kami.”

Google ads
Back to top button