Artikel Pilihan

VIDEO GAYA PEMANDUAN SUV DI TEPI PANTAI – YANG TAK SEPATUTNYA DICONTOHI

Kita dah biasa tengok video pak-pak Arab dari Timur Tengah melakukan aksi drift dan bergerak dengan dua roda sejak sekian lama dan nampaknya penyakit ini telah merebak ke Pakistan.

Aksi menterbalikkan sebuah Land Cruiser berjaya dilakukan di tepi pantai dan mungkin berakhir dengan tragedi jika terlanggar penonton yang sedang terkinja-kinja menyaksikan aksi yang tak berapa cerdik tersebut.

Insiden ini dilaporkan berlaku di Gadani Beach, Balochistan dan dirakam oleh sebilangan penonton menggunakan telefon pintar mereka. Sebuah Land Cruiser J200 dilihat sedang memecut laju menghampiri sekumpulan penonton dan cuba melakukan aksi drift di atas pasir pantai.

Seperti yang kita semua sedia maklum, cubaan melakukan aksi drift di atas pasir pantai menggunakan SUV seberat 2.5 tan bukanlah pilihan yang cerdik.

Seperti jangkaan, Land Cruiser itu terlanggar permukaan pasir dan terus tergolek sebelum terbalik. Sebuah lagi Toyota Hilux yang mengekori di belakang segera berhenti dan cuba memberikan bantuan.

Rasanya pemandu dan penumpang SUV tersebut tidak akan mengalami apa-apa kecederaan jika mereka memakai tali pinggang keledar dengan sempurna.

Memandu untuk bersiar-siar di tepi pantai dengan SUV memang satu pengalaman yang menyeronokkan  tapi kalau memandu macam dalam video ni memang hampeh la. Tu nasib baik tak terlanggar penonton, kalau terlanggar memang mati la nak. Tapi ego pemandu ni memang tercalar habih seperti mana tercalarnya Land Cruiser tersebut. Eh ni kereta beli ke sewa? 

Kredit carscoops.com                                                                                                                                                                               

Google ads
Back to top button