Buletin

BAS TERBAKAR DI PAKISTAN, 18 MAUT, 16 CEDERA SERIUS

Kemalangan jalan raya maut adalah kelaziman di Pakistan. Faktor kepada kes berkenaan adalah ketidakpatuhan peraturan jalan raya selain keadaan infrastruktur begitu teruk di kebanyakan kawasan luar bandar.

Baru-baru ini, sekurang-kurangnya 18 maut selepas sebuah bas terbakar sejurus terbabit kemalangan di Wilayah Punjab, di timur Pakistan.

Menurut laporan, bas berkenaan yang membawa 33 penumpang berlanggar dengan sebuah kenderaan lain ketika sedang dalam perjalanan dari Karachi menuju Islamabad.

Ketua Polis Daerah Hafizabad di Punjab, Fahad Ahmad, berkata bas malang itu terlanggar sebuah trak mini yang membawa muatan tangki petrol kecil jam 4.30 pagi.

“Sejurus selepas bertembung bas dan trak itu terbakar, menyaksikan 18 termasuk pemandu trak mini berkenaan mati di tempat kejadian,” katanya.

Fahad berkata baki 16 yang lain mengalami kecederaan serius dan dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. – Berita Harian

Google ads
Back to top button