
6 KERETA DENGAN ENJIN 4 SILINDER, TAPI LAJU MACAM SUPERCAR
10 atau 20 tahun lepas kalau kita sebut enjin 4 silinder, kita akan bayangkan bahawa ia akan dipasang pada kereta kompak ekonomi bagi tujuan penjimatan bahan api. Ini disebabkan kereta supercar ketika itu dipasang dengan enjin yang lebih besar dan berkuasa bermula dari enjin V8 sehinggalah enjin V12
Namun dengan trend perubahan masa kini, kita boleh saksikan bahawa supercar mula menggunakan enjin yang lebih ringkas seperti 6 silinder sebaris dan sesekali barulah kita dengar enjin V8. Enjin untuk kereta kompak pula bertukar kepada enjin 3 silinder malah ada yang menggunakan enjin 2 silinder
Walaupun kurang silinder, kuasa yang dihasilkan adalah setara atau lebih baik dengan bantuan teknologi turbo yang memaksa udara masuk dalam enjin pada kuantiti yang banyak. Enjin 4 silinder pula digunakan untuk model prestasi tinggi.
Kami senaraikan di sini enjin 4 silinder yang berkuasa dan bila dipasang pada kereta sport, memang laju habis.

1. Mercedes-AMG CLA 45 (0-100 in 3.7 saat) – enjin 4 silinder 2000cc turbo paling berkuasa di dunia tanpa bantuan sistem hibrid. Enjin ini menjana sekitar 382 kuasa kuda dan 480Nm tork. Dengan transmisi DSG 8 kelajuan, pecutan rasmi oleh Mercedes ialah 4 saat tapi ada beberapa ujian dijalankan menunjukkan ia mampu dibuat dalam masa 3.7 saat. Itu sudah categori supercar
2. Volkswagen Golf R (3.9 Saat)- dikuasakan dengan enjin EA888 dengan blok iron cast dan kepala silinder daipada aluminium menjana 315 dan 400Nm tork dari 4 silinder 2000cc. Enjin generasi ke 3 ini datang dengan teknologi pemasaan injap, sistem Variable Valve Lift, dan 2 sistem suntikan bahan api
Volkswagen mengatakan ia mampu memecut 0-100 dalam masa 4.7 saat dan halaju maksima 250km/jam. Tapi ujian yang dilakukan oleh pemerhati bebas mendapati ia boleh memecut dalam masa 3.9 saat dan halaju maksima ialah 276km/jam. Memang brutal

3. Porsche 718 (4.0 Saat) – datang dengan 2 pilihan enjin samaada 2000cc turbo yang menjana 300 kuasa kuda dan 380Nm tork. Versi yang paling berkuasa ialah 718 Cayman S yang menggunakan enjin 2500cc turbo dengan 350 kuasa kuda dan 420Nm tork. Semua enjin adalah dari jenis Boxer 4 silinder dipasang di bahagian belakang pemandu.
4. BMW M235i Gran Coupe (4.7 Saat) – menggunakan enjin B48 2000cc 4 silinder yang menghasilkan 306 kuasa kuda dan 450Nm tork. Ini sudah cukup bagi M235i untuk berlumba dengan E46 M3 dari 0-100km/jam dalam masa 4.7 saat
5. Toyota GR Supra 2.0 (4.7 saat)- sama seperti BMW M235i Gran Coupe, GR Supra ini dikuasakan dengan enjin B48 2000cc 4 silinder yang menghasilkan 255 kuasa kuda tapi 400Nm tork. Ia enjin yang sama dipasang pada BMW 530i M Sport dengan talaan yang berbeza.

6. Hyundai Veloster N- menggunakan enjin 2000cc 4 silinder turbo yang menjana sehingga 275 kuasa kuda dan 352Nm tork. Tapi berbeza dengan kereta lain, Veloster menggunakan transmisi manual dan pacuan depan sahaja tapi masih berupaya mencatatkan masa 4.8 saat untuk 0-100km/jam dalam ujian yang dijalan oleh pihak luar
Pada pendapat kami, kita akan terus menyaksikan enjin 4 silinder dengan teknologi turbo akan terus digunakan sebagai enjin prestasi tinggi sebelum enjin ini digantikan dengan trenkuasa EV secara besar-besaran



