Buletin

VOLKSWAGEN GOLF R-LINE RASMI DILANCARKAN – HARGA BERMULA RM179K

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini melancarkan model Golf R-Line ke pasaran tempatan, selepas ia dipertontonkan kepada umum sewaktu pelancaran Golf GTI baharu tahun lalu.

Sempena pelancaran ini, Golf R-Line ditawarkan pada harga menarik iaitu RM179,990 untuk 50 pelanggan pertama. Harga tersebut merangkumi pakej VAP yang terdiri daripada penyelenggaraan percuma, jaminan perbatuan dan bantuan tepi jalan yang semuanya selama 5 tahun.

Golf R-Line menampilkan penampilan sporty yang elegan, datang dengan bampar dan gril R-Line, side skirt khas, serta paip ekzos krom berkembar di belakang. Bahagian luarannya disempurnakan lagi dengan rim aloi 17-inci “Coventry” dan tayar bersaiz 225/45 R17.

Pilihan warna yang ditawarkan termasuklah;

  • Putih (Oryx White)
  • Kelabu (Moonstone Grey)
  • Hitam (Grenadilla Black)
  • Merah (Kings Red)
  • Biru (Anemone Blue)

Di dalam, suasana sporty diteruskan dengan pelapik bumbung hitam, pedal keluli tahan karat, dan kemasan “Carbon Grey R-Line” pada papan pemuka serta panel pintu. Tempat duduk fabrik R-Line dengan kemasan ArtVelours memberikan keseimbangan antara gaya dan keselesaan harian.

Kuasa pemanduan disumbangkan oleh enjin 1.5L eTSI turbo mild-hybrid yang menjana 150PS dan 250Nm, digandingkan dengan transmisi DSG 7-kelajuan “shift-by-wire”.

Hatchback ini mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa 8.6 saat, dengan penggunaan bahan api sekitar 5.2L/100km, menjadikannya pilihan efisien dan dinamik untuk kegunaan seharian.

Bahagian kabin pula serba digital dengan paparan infotainmen 12.9-inci MIB4, Digital Cockpit Pro 10-inci, sambungan tanpa wayar Apple CarPlay dan Android Auto, serta pengecasan tanpa wayar.

Keselesaan dikawal melalui sistem penyaman udara automatik Air Care Climatronic 3 zon, lengkap dengan penapis alergen dan kawalan udara untuk penumpang belakang.

Dari segi keselamatan, Golf R-Line dilengkapi teknologi IQ.DRIVE termasuk:

  • Front Assist dengan brek kecemasan automatik dan pengesanan pejalan kaki,
  • Adaptive Cruise Control (ACC) dan Travel Assist,
  • Rear Traffic Alert, Exit Warning, serta Lane Assist,
  • Driver Attention Detection dan Emergency Assist.

Harga cadangan Golf R-Line ialah RM185,990, termasuk Pakej Jaminan Volkswagen (Volkswagen Assurance Package, VAP) yang merangkumi penyelenggaraan percuma, jaminan perbatuan dan bantuan tepi jalan yang semuanya selama 5 tahun.

GALERI:

Google ads
Back to top button