
YAMAHA VINTAJ SR500H TERSIMPAN RAPI SELAMA 40 TAHUN DALAM KOTAK BAKAL DILELONG
Mecum Auctions bakal melelong sebuah motosikal vintaj, Yamaha SR500H yang masih tersimpan rapi selama 40 tahun di dalam kotak pada Januari tahun hadapan di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS).
Yamaha membangunkan SR500 sebagai versi jalan raya bagi jentera enduro empat lejang XT500 yang cukup popular.
Jentera SR500 mula diperkenalkan pada tahun 1978 itu mendapat khidmat enjin 499 cc yang mampu menjana kuasa 31 hp @ 6,500 rpm dan tork 27 Nm @ 5,500 rpm. Ia dipadankan transmisi manual 5 kelajuan.

Generasi kedua model motosikal berkenaan mengalami perubahan apabila Yamaha menggunakan brek dram pada bahagian belakang berikutan masalah prestasi pada model terdahulu.
Selain itu, berat model generasi kedua turut dikurangkan dan dilengkapi roda tenaga lebih kecil.

Tahun 1981 merupakan tahun terakhir model SR500 dijual di pasaran AS.
Penggemar motosikal vintaj pasti tidak akan ketinggalan untuk memiliki jentera itu apatah lagi ia masih tersimpan dengan baik bak beli dari kedai. – rideapart/ jalopnik/mecumauctions