Buletin

WANITA TERKEJUT TERIMA LESEN BAHARU TANPA FOTO PROFIL DIRI. TENGOK BETUL-BETUL DEKAT KERUSI TU

Pandemik Covid-19 menyaksikan lebih banyak masyarakat memilih menggunakan perkhidmatan online untuk mengelak kawasan tumpuan ramai.

Tidak terkecuali seorang wanita, Jade Dodd dari Hickman County, Tennessee, Amerika Syarikat yang memilih memperbaharui lesen melalui platform online.

Begitupun, sebaik menerima lesen baharunya, wanita tersebut amat terkejut kerana di bahagian foto hanya terdapat kerusi berwarna hitam kosong tanpa diletakkan wajahnya.

Wanita berkenaan berkongsi pengalaman itu di media sosial sehingga menjadi viral.

Jade turut memberitahu pihak media dia tidak bengang dengan insiden terbabit. Ia berikutan dalam keadaan pandemik melanda dunia, semua orang memerlukan sesuatu untuk menggembirakan hati mereka.

Bukan sahaja insiden itu melucukan tetapi penjelasan diberikan pihak Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Tennessee kepada media tempatan News 2 turut mencuit hati.

“Ketika pelanggan itu mengunjungi Pusat Perkhidmatan Pemandu beberapa tahun lalu, pegawai pemeriksa telah melakukan kesilapan dengan merakam dan menyimpan foto kerusi kosong.

“Apabila dia memperbaharui lesen secara online, wanita tersebut menerima imej kerusi kosong kerana ia merupakan gambar terakhir yang tersimpan dalam fail peribadinya.

“Begitupun, setelah menyedari insiden itu, pihak kami telah menggantikan lesen baharu yang mempunyai foto wanita tersebut dengan kadar segera,” kata kenyataan rasmi Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Tennessee. – agensi

Google ads
Back to top button