Buletin

JANGAN TERKEJUT BRITAIN ADA TUK-TUK. LESEN DAH DAPAT, TUNGGU NAK ON

Para pelancong yang mengunjungi Britain bakal merasai pengalaman seumpama di Thailand dan India.

Ia berikutan perkhidmatan tuk-tuk kemungkinan besar akan beroperasi di negara berkenaan selepas Cornwall mendapat lesen mengendalikan teksi tiga roda tersebut.

Begitupun, tuk-tuk yang dikendalikan di Britain bakal memiliki wajah baharu dengan tidak membahayakan para penumpang seperti perkhidmatan di luar negara.

Bahkan, teksi tiga roda terbaharu di Cornwall itu akan menggunakan jentera elektrik.

Dalam pada itu, pihak berkuasa tempatan turut menegaskan, tuk-tuk yang bakal digunakan kelak akan dipasang pintu bagi memastikan keselamatan penumpang.  

Syarikat mengendalikan skim tuk-tuk itu, NuBeez akan memperkenalkan dua kenderaan elektrik di Newquay pada musim panas tahun hadapan.

Perancangan awal mengendalikan perkhidmatan pada tahun ini tergendala akibat pandemik Covid-19.

Ia dijangka melebarkan perkhidmatan di bandar-bandar lain termasuk Padstow, St. Ives dan Fowey.

Menurut pengasas NuBeez, Georgia Horsley dan Prasad Raja Venkatesh, teksi berkenaan akan memberi manfaat kepada para pelancong serta masyarakat setempat yang ingin melakukan perjalanan dalam jarak dekat.

Pada masa hadapan, jentera dibangunkan syarikat dari Sweden itu dapat dipasang kotak bagasi malah menggunakan kuasa solar. – daily mail

Google ads
Back to top button