Motosikal

UMUR, TEMPOH LESEN FAKTOR PENENTU LESEN B2 NAIK TARAF KE B – AHMAD ZAHID

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan perkembangan terbaru mengenai cadangan naik taraf lesen B2 kepada B (full). 

Ahmad Zaid dalam satu sidang media memaklumkan syarat kelulusan yang akan dipertimbangkan adalah mengambil kira faktor umur 35 tahun ke atas dan tempoh pegangan lesen kenderaan. 

“Apa yang kami bincangkan ada tempoh tertentu. Pertama dari segi umur pemohon itu mesti berumur 35 tahun ke atas.

“Kedua, memegang lesen B2 untuk satu tempoh tertentu, baru lah layak untuk mendapat lesen B.

“Jadi dalam perkara ini kita akan muktamadkan dalam mesyuarat terperinci yang diadakan antara Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT).

“Kita serahkan kepada Menteri Pengangkutan (Anthony Loke) untuk tentukan mesyuarat akan datang dan dimuktamadkan,” ujarnya. 

Sebelum ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke memaklumkan bahawa cadangan naik taraf lesen B2 kepada B (full) secara automatik masih lagi dalam peringkat perbincangan. 

Google ads
Back to top button