Motosikal

SEWA MOTOSIKAL DI THAILAND. ANDA MUNGKIN PERLU ADA LESEN SAH SELEPAS INI

Kematian remaja berusia 17 tahun dari United Kingdom, Anthony Ryan awal tahun ini di Phuket mungkin menjadi pencetus kepada pengenalan peraturan jalan raya yang baru di Thailand. Ryan dikatakan gagal mengawal skuter Honda Zoomer X dan jatuh akibat jalan licin sebelum dirempuh kereta. 

Perkara itu diburukkan lagi dengan 50 orang penunggang/pembonceng motosikal maut setiap hari di Thailand. 

Kajian Bloomberg dan Bank Dunia baru-baru ini memberi amaran bahawa 22 peratus Kadar Keluaran Negara Kasar (KDNK) masa depan Thailand akan hilang jika masalah itu tidak diambil tindakan mulai sekarang. 

Tanggungjawab memastikan jumlah kematian akibat motosikal itu menurun digalas oleh Menteri Pengangkutan Thailanda, Saksayam Chidchob. Salah satu langkah yang dilapor bakal diambil ialah semua pelancong yang ingin menyewa motosikal mesti mempunyai lesen yang sah. 

Sebelum ini, mereka hanya perlu menunjukkan pasport, membayar kos sewa dan insurans untuk menunggang motosikal. Malah ramai di antara mereka tidak memakai topi keledar ketika menaiki motosikal.

Pelancong dikatakan kerap terlibat dalam kemalangan kerana tidak biasa dengan budaya jalan raya di Thailand, selain tidak mahir menunggang motosikal.  

Peraturan itu mungkin dilaksanakan pada musim ketibaan pelancong secara beramai-ramai tidak lama lagi.

Google ads
Back to top button