Buletin

JURUTERBANG LESEN ‘TERBANG’. 40 PERATUS PILOT PAKISTAN GUNA LESEN PALSU

Agak mengejutkan apabila Menteri Penerbangan Pakistan, Ghulam Sarwar mendedahkan bahawa dianggarkan 40 peratus juruterbang di negara berkenaan menggunakan lesen palsu untuk menjadi juruterbang.

Sarwar mendedahkan perkara itu ketika mengumumkan laporan nahas pesawat Pakistan International Airlines (PIA) PK8303 pada bulan lalu, kepada Majlis Nasional Pakistan.

“Pakistan memiliki 860 juruterbang aktif termasuk di PIA, Serene Air dan Air Blue.

“Menerusi laporan satu inkuiri pada Februari 2019, 262 juruterbang tidak menghadiri ujian atau meminta individu lain menggantikan mereka,” katanya.

Maklumat itu diperoleh ketika siasatan dijalankan dan mendapati ada antara juruterbang palsu ini langsung tidak mempunyai pengalaman penerbangan.

Katanya, jumlah 40 peratus pemilik lessen palsu itu termasuk juruterbang-juruterbang yang tidak aktif.

“Terdapat juga juruterbang yang diambil menerusi lantikan politik. Mereka diambil bertugas sebagai juruterbang bukan berdasarkan merit.

“Bahkan, empat daripada sarjana juruterbang PIA didapati palsu,” lapor media Pakistan.

Beliau menambah, kementerian sudah menghantar notis tunjuk sebab kepada 54 juruterbang bagi menjelaskan kedudukan sebenar kelayakan mereka.

“Ada juruterbang sudah mengemukakan permohonan untuk mencabar notis ini di mahkamah. Sementara sembilan daripada mereka mengaku memalsukan sijil ijazah sarjana muda,” katanya. – gulfnews

Google ads
Back to top button