
WOTTAN STORM X 150 BAKAL MASUK MALAYSIA?
Segmen skuter 150cc di Malaysia bakal dimeriahkan dengan penyertaan model serba baharu menerusi Wottan Storm X 150.
Meskipun jenama motosikal dari Sepanyol itu tidak dikenali di Malaysia namun beberapa model dari Wottan sudah boleh didapati di sini antaranya Wottan GT2 (AVETA Vanguard 250) serta Wottan Storm-R (MODA Sporter S).

Baru-baru ini, pihak AVETA ada memuat naik imej ‘teaser’ di media sosial yang menampakkan kelibat sebuah skuter yang akan dilancarkan pada 26 Februari ini.

Meskipun tidak dinyatakan nama model tersebut namun berdasarkan tinjauan sememangnya merujuk pada Storm X 150.
Untuk rekod, skuter tersebut ditawarkan dengan versi 125cc dan 150cc di pasaran Eropah namun kami jangkakan hanya model 150cc akan dijual disini.

Atas kertas, Storm X 150 menawarkan 14.3hp pada 8,250rpm yang terhasil dari enjin satu silinder 150cc dengan sistem penyejukan cecair.
Antara perincian lain ditawarkan termasuk skrin TFT 7-inci dengan fungsi screen mirroring, sistem keyless, ABS dan TCS (traction control), lampu LED depan dan belakang, fungsi start/stop dan tangki 10.5L.

Seperti model AVETA lain, kami jangkakan skuter ini juga akan hadir dengan harga mampu milik.









