
YAMAHA 135LC Fi TAMPIL DENGAN WARNA BAHARU, HARGA BERMULA RM8,298
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) hari ini mengumumkan Yamaha 135LC Fi akan ditampilkan dengan warna baharu.
Yamaha 135LC Fi kini datang dengan tiga warna; Cyan, White dan Navy sementara varian SE pula tiba dengan warna Blue.
Yamaha 135LC Fi dikuasakan oleh enjin silinder tunggal bersesaran 135cc dengan sistem pancitan bahan api.

Mematuhi piawaian emisi Euro 4, enjin itu mampu menjana kuasa sehingga 12.5hp pada 8,000rpm dan tork 12.2Nm pada 6,000. Enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear empat kelajuan.
Kapcai tersebut dilengkapi tangki berkapasiti 4.6 liter untuk menawarkan tunggangan yang lebih jauh dan selesa.
Yamaha 135LC Fi dalam pilihan warna baharu boleh didapati di semua pengedar sah Yamaha di seluruh negara bermula dari 6 Oktober 2023.
Untuk harga pula, Yamaha 135LC Fi boleh dimiliki pada harga RM8,298 bagi versi Standard dan RM8,798 bagi versi SE.
GALERI:










- BACA: YAMAHA 135LC Fi 2022 RASMI DILANCARKAN. 12.5HP/12.2NM, 4-SPEED, BERMULA RM7,798
- BACA: YAMAHA, CFMOTO JALIN KERJASAMA – PERKUKUH JENAMA, RANGKAIAN JUALAN DI CHINA
- BACA: YAMAHA Y15ZR SE RASMI DILANCARKAN, AERO KIT EKSKLUSIF, 15.6HP, HARGA BERMULA RM9.4K
- BACA: YAMAHA EGO GEAR KINI TERIMA PILIHAN WARNA BAHARU – KUNING, BIRU DAN HIJAU, HARGA BERMULA RM5.9K