Motosikal

YAMAHA 135LC FI 2025 DIUMUMKAN – RM8,798 BAGI VERSI SE

Hong Leong Yamaha Motor memperkenalkan Yamaha 135LC Fi 2025 untuk pasaran tempatan yang hadir dengan empat warna baharu. 

Bagi tahun 2025, Yamaha memperkenalkan warna Sandstrom, Moss Green dan Aqua Blue sementara sebuah lagi versi SE hadir dengan warna Red Titan. 

Menurut pihak HLYM, 135LC Fi SE turut dilengkapi dengan sport visor dan bakul premium Yamaha dengan UBS Type-C. 

Bagi pasaran tempatan, varian Standard boleh didapati dengan harga (cadangan) RM8,298 sementara versi SE pula dijual dengan harga RM8,798. 

Selain warna, Yamaha 135LC Fi masih lagi dipacu enjin satu silinder 135cc Euro4 yang berupaya menjana 12.5hp pada 8,000rpm dan 12.2Nm pada 6,000rpm. 

Google ads
"
"
Back to top button