" "
Buletin

YAMAHA, CFMOTO JALIN KERJASAMA – PERKUKUH JENAMA, RANGKAIAN JUALAN DI CHINA

Yamaha Motor Co., Ltd. baru-baru ini mengumumkan perubahan rakan kongsinya bagi kerjasama pembuatan motosikal di China.

Pengeluar motosikal asal Jepun berkenaan menjalin kerjasama dengan pengeluar motosikal dan RV asal China, CFMOTO.

Menurut laporan, perkongsian baharu ini akan bermula pada November 2023 dan dinamakan sebagai ZHUZHOU CF YAMAHA MOTOR CO. (ZCYM).

Matlamat utama kerjasama ini adalah untuk memasang serta menjual motosikal di China, pasaran penting untuk Yamaha.

Dalam pada itu, rakan kongsi semasa, Chongqing Jianshe Mechanical and Electric Co., Ltd., akan memindahkan kepentingan ekuitinya dalam usaha sama, Zhuzhou Jianshe Yamaha Motor Co., Ltd. (ZJYM), kepada CFMOTO.

Yamaha Motor kekal memegang 44.23 peratus kepentingannya dalam usaha sama, manakala CFMOTO akan memegang 50 peratus sementara TAIR YEA LIMITED memegang 5.77 peratus.

Google ads
Back to top button