
YAMAHA 135LC Fi 2022 RASMI DILANCARKAN. 12.5HP/12.2NM, 4-SPEED, BERMULA RM7,798
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) akhirnya melancarkan model yang paling ditunggu-tunggu ramai, Yamaha 135LC 2022 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sebentar tadi.
Model generasi baharu itu hadir dengan pelbagai bentuk penambahbaikan yang pasti dapat menarik minat pembeli kapcai di Malaysia.
Yamaha 135LC Fi (135LC V8) dikuasakan oleh enjin silinder tunggal bersesaran 135cc dengan sistem pancitan bahan api.

Mematuhi piawaian emisi Euro 4, enjin itu mampu menjana kuasa sehingga 12.5hp pada 8,000rpm dan tork 12.2Nm pada 6,000. Enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear empat kelajuan.
Kapcai tersebut dilengkapi tangki berkapasitu 4.6 liter untuk menawarkan tunggangan yang lebih jauh dan selesa.
Penambahbaikan lain ialah penggunaan kerangka yang lebih ringan dan kukuh. Ia menawarkan posisi tunggangan lebih ergonomik dan rekaan cowling aerodinamik. Penggunaan brek cakera pada roda belakang pula menjanjikan kuasa membrek yang lebih meyakinkan.

Seperti yang boleh dilihat, rekaan kepala Yamaha 135LC jelas meminjam unit daripada Yamaha Y15ZR V2. Ia hadir dengan reka bentuk lampu LED yang agresif, selain paparan digital yang mampu memberikan pelbagai maklumat penting kepada penunggang.
Yamaha 135LC Fi 2022 didatangkan dengan roda bersaiz 17 inci, dengan ketinggian pelana sekitar 775 mm dan berat keseluruhan 109kg. Jentera itu juga dipasang dengan soket pengecasan USB, ciri kalis air dan bukaan pelana yang lebih luas.

Lebih menarik lagi, HLYM ada menawarkan aksesori bakul premium untuk memberi ruang penyimpanan tambahan pada model SE.
Anda boleh memilih di antara empat warna menarik iaitu merah (Ruby Red), Midnight Star, Crystal Cyan serta model edisi khas (SE) dengan warna Desert Storm. Harga jualan bermula RM7,798 untuk varian Standard dan RM8,198 bagi varian SE.
- BACA: YAMAHA 135 LC EDISI KHAS. NAIK TARAF KOSMETIK. BERMULA RM7,118
- BACA: YAMAHA 135 LC 2021 DAPAT 4 WARNA DAN GRAFIK BAHARU. HARGA SAMA, BERMULA RM6,868
- BACA: AKIBAT TERDESAK, GOLONGAN B40 DI PULAU PINANG TERPAKSA JUAL ATAU PAJAK GERAN MOTOSIKAL
- BACA: YAMAHA 135LC BAHARU DILANCARKAN DENGAN 4 CIRI BARU
GALERI










