
DAIHATSU HENTI PRODUKSI COPEN TAHUN DEPAN
Daihatsu Motor Co. mengumumkan pada 29 September lalu bahawa pengeluaran model semasa kereta sukan kompak berbumbung terbuka, Copen, bakal berakhir pada penghujung Ogos 2026.
Dalam kenyataannya, syarikat itu menjelaskan walaupun pengeluaran dihentikan, usaha sedang dijalankan untuk memastikan Copen dapat kembali dengan wajah baharu pada masa hadapan.
“Kami akan terus mengekalkan semangat kejuruteraan dan teknologi yang dibangunkan bersama Copen, selain meneruskan hubungan erat dengan para pemiliknya,” kata Daihatsu.
Copen mula diperkenalkan pada tahun 2002 sebagai kereta kei sport tulen yang mesra pengguna, serta menjadi model pertama dalam segmen itu yang menampilkan bumbung boleh buka-tutup elektrik, dikenali sebagai Active Top.

Generasi kedua pula dilancarkan pada 2014, membawa kerangka D-Frame baharu yang meningkatkan kestabilan dan keselesaan.
Dengan rekaan pelbagai variasi serta karekter pemanduan lincah, Copen berjaya menarik minat golongan muda hingga ke keluarga yang mahukan kenderaan istimewa.
Sebagai penghargaan kepada para peminat, Daihatsu merancang untuk menganjurkan siri acara khas di seluruh Jepun bermula April 2026.
Lokasi akan merangkumi kawasan yang mempunyai kaitan rapat dengan model ini, dan maklumat lanjut bakal dikongsi melalui laman web khas.





