BuletinMotosikal

YAMAHA YZF-R15 EDISI TERHAD MONSTER MOTOGP 2019

Sebagaimana setiap tahun, sempena penyertaan Yamaha dalam Kejohanan MotoGP, Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) memperkenalkan varian edisi terhad YZF-R15 2019.

Skim grafik terkini merupakan replika berdasarkan motosikal MotoGP Yamaha Factory Racing YZF-M1.

Ia didasari warna Racing Blue dengan skema warna hitam yang ditunggangi oleh Valentino Rossi dan Maverick Vinales untuk musim 2019.

Pemilik unit edisi terhad ini juga akan menerima Sijil Pemilikan yang tertera dengan butiran enjin dan casis motosikal.

Walaupun lebih kecil, YZF-R15 lebih sofistikated berbanding abang-abangnya yang lain seperti R25 dan R3. R15 V3 ialah yang pertama dalam keluarga kecil menggunakan suspensi teleskopik USD di hadapan. Model terbaru ini dilengkapi teknologi kepala selinder VVA (sama seperti NVX).

Ia juga didatangkan dengan lampu jenis LED depan dan belakang, panel instrumentasi digital LED dengan indikator penukaran gear, tayar lebih lebar dan rekaan baru yang cukup sporty.

R15 yang mewarisi DNA model supersports YZF-R1 itu dibina dengan peningkatan dari segi prestasinya. Jentera tersebut juga popular kerana penampilannya yang garang.

Sejak diperkenalkan buat pertama kalinya pada tahun 2008, R15 adalah varian keluarga “R” terkecil dengan enjin selinder tunggal empat lejang. Kemudian, ia dinaiktaraf pada 2014 bagi versi V2 dan pada januari lalu versi ketiga (V3) menemui peminatnya di Indonesia dengan gaya yang lebih mengancam.

.

GALERI

Google ads
Back to top button