Artikel Pilihan

10 CIRI MODEN & BARU PADA BMW 7 SERIES. BETUL-BETUL MEWAH

Baru-baru ini kami ada menghasilkan artikel berkenaan rekabentuk luaran BMW 7 Series yang boleh dikatakan “agak luar biasa” berbanding dengan model sebelum ini. Namun di sebalik kritikan pada rekaan luar BMW 7 Series terbaru ini, ia sebenarnya wajar dipuji kerana ia hadir dengan beberapa teknologi baru

Antara teknologi baru yang ada pada BMW 7 Series ini termasuklah:

1. Theatrical Front Lighting – walaupun direka dengan nipis, pembeli boleh memilih untuk memasang kristal Swarovski yang akan diterangi oleh 14 lampu LED. Jadi lampu ini akan bersinar apabila terkena pantulan cahaya matahari atau dipasang pada wajtu malam

Kidney Grille juga dipasang dengan lampu yang akan menyala sewaktu pemilik menghampiri kereta diikuti dengan lampu yang akan terpasang secara automatik.

2. Maneuver Assistant- membantu pemandu memarkir kenderaan dengan selamat berdasarkan data GPS, maklumat data daripada rekod stering dan pelbagai maklumat lokasi kenderaan. Ia berupaya merekod data sehingga 200 meter paremeter.

Jika anda biasa datang ke pusat membeli belah dengan parkir sempit, sistem akan memarkir kenderaan secara automatik dan mengawal brek, pedal minyak dan stering. Malah anda boleh memarkir kereta dengan alat kawalan jauh.

3. Interaction Bar – direka dengan permukaan berkilat seperti kristal dan boleh digunakan mengawal penyaman udara, membuka pintu bagi penumpang dan memberitahu penumpang sekiranya terdapat panggilan telefon yang masuk

 4. BMW Curved Display – dengan saiz 12.3 inci, ia merupakan sistem paparan 2 skrin yang membenarkan penumpang depan menonton video seperti Youtube. Bagi pemandu, ia merupakan ciri berguna sewaktu mereka mengecas bateri 7 Series di pusat pengecasan

5. Sistem Navigasi – datang dengan ciri Augmented View yang akan dipaparkan pada skrin depan pemandu yang memudahkan navigasi dengan ciri pandu arah dan anak panah. Sistem Highway Assistant pula membenarkan pemandu melepaskan tangan dari stering di atas lebuh raya dengan kelajuan sehingga 130km/jam

6. BMW Theatre Screen – dengan saiz 31 inci, ia dipasang khas untuk penumpang di belakang yang akan keluar dari bahagian atas apabila diaktifkan. Ia juga berfungsi sebagai skrin sesentuh dengan resolusi 8K serta dipadankan dengan sistem pembesar suara Bower&Wilkins.

7. Sistem Audio – menawarkan 36 unit pembesar suara bagi versi Diamond dengan kuasa sehingga 1955 watts. Fungsi bunyi 4D pula menghasilkan getaran yang dikawal secara megnetik di bahagian belakang tempat duduk dan juga headliner atas kepala

8. Panoramic Sky Lounge LED Roof – bahagian bumbung 7 Series dipasang dengan kaca dan dilindungi dengan keluli di bahagian tepi bagi membenarkan cahaya matahari masuk. Manakala ciri LED yang diintegrasi dalam kaca boleh dipasang sekiranya perlu

9. Skrin Kawalan pada pemegang pintu – dipasang dengan skrin sesentih 5.5 inci dengan keupayaan menerima arahan suara bagi melaraskan sistem audio, kusyen, pencahayaan dan juga sistem penyaman udara

10. BMW Intelligent Personal Assistant – dengan menggunakan arahan suara, anda boleh meminta sistem membuka pintu kereta atau mengaktifkan beberapa ciri bantuan pemanduan untuk anda. Sistem juga akan menerima arahan daripada penumpang dan status arahan tadi akan dipaparkan pada Interaction Bar

Buat masa sekarang model BMW 7 Series yang lama dijual pada harga RM 567,000 dan model baru mungkin akan jadi lebih mahal daripada model lama. Walaupun kami kurang pasti bila model BMW 7 Series akan masuk ke Malaysia, tapi pendaftaran telah dibuka pada mana-mana pembeli yang berminat dengan BMW 7 Series terbaru

Google ads
Back to top button