Buletin

ELON MUSK BAGI EMOJI NAJIS BUAT BOS TWITTER

Kenyataan pengurusan Twitter pada Isnin terhadap usaha platform permesejan itu untuk mengawal serangan akaun palsu atau ‘bot’ menyebabkan Elon Musk memberi respon emoji najis.

Keadaan itu berlaku apabila pembelian Twitter oleh Musk bernilai AS$44 bilion (kira-kira RM193 bilion) ditangguhkan buat sementara waktu dan menanti anggaran syarikat media sosial itu mengenai jumlah ‘bot’.

“Isu ‘bot’ ini semakin menular dan jelas menjadikan perjanjian Twitter itu mengelirukan.

“Isu ‘bot’ hari itu juga boleh diketahui pemandu teksi di bandar New York dan lebih kepada kami rasa seperti alasan remeh dalam memberi jaminan terhadap perjanjian Twitter atau menurunkan harga,” kata penganalisis Wedbush Dan Ives dalam nota kepada pelabur.

Ketua Eksekutif Twitter, Parag Agrawal berkata, platform itu menggantung lebih setengah juta akaun yang kelihatan palsu setiap hari dengan kebiasaannya berjuta-juta lagi setiap minggu untuk memastikan akaun itu dikawal oleh manusia atau perisian.

Langkah dalaman menunjukkan kurang lima peratus akaun yang aktif pada hari tertentu adalah akaun palsu, tetapi analisis itu tidak boleh didedahkan kepada umum kerana keperluan untuk memastikan data pengguna peribadi, kata Agrawal.

Musk berkata, ‘bot’ yang berlaku di Twitter akan dihapuskan dan menjadi keutamaan jika dia memiliki platform itu ketika membalas ciapan itu oleh Agrawal dengan emoji najis. –HM

Google ads
Back to top button