Artikel PilihanBuletin

10 JENAMA JUALAN TERTINGGI CHINA, Q1 2023

Sebanyak 4.269 juta kenderaan baru telah terjual di pasaran China pada suku pertama tahun 2023, menurut data yang dikeluarkan oleh China Passenger Car Association (CPCA). Namun jualan ini sebenarnya 13% lebih rendah berbanding dengan jualan suku pertama tahun 2022

Daripada jumlah ini, 891,000 adalah EV dan 423,000 adalah PHEV dengan kedua-dua kategori ini adalah sekitar 31% daripada jumlah kenderaan baru yang terjual pada suku pertama 2023. Namun beberapa model popular di China menunjukkan trend jualan yang meningkat berbanding dengan pesaingnya yang lain.

Sebagai contoh BYD menjual 484,545 unit kenderaan dengan pegangan pasaran sebanyak 11.35% diikuti oleh Volkswagen sebanyak 442,203 dengan pegangan pasaran 10.36%. 3 jenama teratas lain diikuti oleh Toyota, Changan dan juga Honda dengan pasaran kurang daripada 10%

Daripada 10 jenama terlaris ini, hanya jenama BYD dan Tesla sahaja yang menunjukkan trend kenaikan dalam jualan. Sebagai contoh jenama BYD mengalami peningkatan jualan sebanyak 71% manakala Tesla pula bertambah sebanyak 26%.

BYD Song Plus merupakan model paling laris di China pada suku pertama tahun 2023. Model ini ditawarkan dalam varian EV sepenuhnya dan juga PHEV terjual sebanyak 102,826 unit, diikuti oleh Tesla Model Y sebanyak 94,647 unit dan BYD Qin Plus sebanyak 79,239 unit

Bagi pasaran keret elektrik, BYD mengekalkan penguasaan pasaran China dengan menjual 484,545 unit EV dengan pegangan pasaran sebanyak 25.22%. Statistik ini diikuti oleh Tesla dengan jualan sebanyak 137,429 unit kenderaan dan juga penguasaan pasaran sebanyak 15.42%.

Angka ini diikuti oleh jenama Aion sebanyak 80,308 unit, Wuling 76,418 unit dan juga Changan sebanyak 52,849 unit. Secara keseluruhan walaupun kerajaan telah melupuskan subsidi pembelian kereta elektrik, namun jualan EV dan PHEV terus meningkat di China

Google ads
Back to top button