Artikel Pilihan

1001 MASALAH DENGAN TESLA, PUNCA INDEKS KEPUASAN PENGGUNA TERUK


Saham syarikat Tesla terus meningkat naik apabila mereka mengumumkan bakal melancarkan model terbaru dengan jarak perjalanan yang lebih jauh. Walaupun mendakwa berjaya mendapat kepuasa pengguna sehingga 90%, namun indeks kepuasan pengguna Tesla menunjukkan cerita sebaliknya. Mereka berada di tangga kedua terbawah dalam indeks tersebut dengan 29 mata

Kami senaraikan 9 masalah utama yang selalu terjadi pada model Tesla.

1. Penjajaran tidak sempurna – seorang pengguna Tesla melaporkan sebaik sahaja kereta barunya dipandu keluar dari pusat juala Tesla, Sultan Meghji melaporkan bawaha Tesla miliknya memiliki masalah penjajaran. Apabila stering ditegakkan, keretanya hampir terbabas ke bahu jalan.

Apabila kereta dihantar semula ke pusat servis, mereka memerlukan masa sehingga 4 hari untuk membuat temujanji servis penjajaran tayar. Apabila sampai di pusat servis, mereka memerlukan masa 4 jam untuk membetulkan masalah tersebut.

2. Masalah dengan kemasan cat – Dennis Philippes seorang CEO syarikat teknologi mendapati Tesla Model 3 yang bari diterimanya dalam masa 2 hari mengalami masalah dengan cat seperti calar, dan cat terkopek. Tesla mengambil masa beberapa hari untuk membetulkan masalah tersebut

Youtuber terkenal Jason Fenske dari saluran Youtube Engineering explained melaporkan Tesla yang dibelinya mengalami masalah kualiti berkenaan cat seperti habuk yang melekat terus dalam cat (akibat proses cat dilakukan dalam ruang berhabuk) serta masalah cat berkedut yang dikenali sebagai orange peel.

3. Brek bermasalah – ini kelakar tuan-tuan kerana ada pengguna melaporkan pad brek dan brek cakera melekat terus ketika dia cuba mengundurkan kereta Tesla 3 miliknya. Elon Musk juga mengakui Tesla Model 3 mengalami masalah brek dimana model ini mengambil jarak 46 meter yang lebih panjang daripada biasa untuk berhenti pada halaju 100km/j

4. Staff yang sombong dan cuba mengelak – apabila pengguna merujuk masalah ini kepada CareLINE, jawapan yang diterima daripada operator telefon tidak menunjukkan sifat empati dan berbunyi sombong. Keadaan ini menyebabkan pengguna baru terasa tidak dihargai

5. Alat ganti lambat sampai – nasib yang lebih malang menimpa bagi pengguna yang terlibat dengan kemalangan di mana pengguna mereka terpaksa menunggu beberapa bulan untuk komponen alat ganti sampai di bengkel baik pulih kenderaan. Ini menyebabkan kereta Tesla mereka tersadai lama.

6. Bumbung kaca tercabut – sebuah Tesla Model Y yang dipandu oleh Nathaniel Galicia Chien di lebuhraya California tiba-tiba tercabut ketika dipandu. Nasib baik ketika kejadian tiada sesiapa yang cedera dan pemilik memandu semula Tesla miliknya ke pusat servis untuk dibaiki. Kalau kat Malaysia, mau kilang dia kena bakar ni.

7. Skrin navigasi terlalu canggih, gagal untuk beroperasi – masalah ini juga dihadapi oleh hos CarWOW Matt Watson ketika menguji Tesla Model 3 yang tiba-tiba padam dengan sendiri dan skrin sesentuh untuk menerima arahan pemandu padam dengan sendiri.

Masalah ini sedang disisasat oleh National Highway Traffic Safety Administration untuk mengkaji samaada perlu melakukan panggilan semula terhadap 159,000 kereta yang terlibat

8. Gap yang tak sekata – atau dalam bahasa lain disebut fit and finish yang amat teruk. Sebagai contoh jarak kelegaan atau gap pada bonet boleh berbeza sehingga 2mm pada bahagian kiri dan kanan. Jangan risau banyak model Tesla ada masalah ini sebab ini pakej khas yang datang dengan kereta

9. Jual pakej alat ganti, tapi tak boleh beli asing- sekali lagi Jason Fenske berang dengan pusat servis Tesla kerana mereka gagal berkomunikasi dengan pantas antara pusat servis dan juga HQ. Jason meminta pusat servis menjual pad brek prestasi tinggi padanya, namun pusat servis mengatkan mereka hanya menjualnya secara pakej bersama dengan rim prestasi tinggi

Tesla tidak menyediakan menu servis ala carte untuk pad prestasi tinggi sahaja dan memaksa pengguna membeli pakej alat ganti (pad brek + rim). Jika anda ke pusat servis jenama lain untuk membeli alat ganti secara ala carte, mereka boleh menjualnya kepada anda walaupun dengan harga sedikit mahal.

Tidak dinafikan Tesla merupakan sebuah kereta yang canggih, peneraju utama dalam penggunaan trenkuasa elektrik prestasi tinggi dan pemain utama dalam teknologi kepintaran buatan yang membolehkan kereta Tesla dipandu secara automatik. Namun masalah sebegini mampu mencacatkan nama Tesla dan membuatkan pembeli baru rasa ragu-ragu untuk memilikinya.

Google ads
Back to top button