Artikel PilihanBuletin

47 KEMENANGAN RALLY DUNIA, SELAMAT ULANGTAHUN KE-30 STi!

Subaru of America, Inc minggu lepas menyambut ulang tahun ke-30 Subaru Tecnica International ataupun lebih dikenali dengan nama STI.

Ia merupakan subsidiari motorsport kepada Subaru Corporation yang khusus membangunkan peralatan dan kenderaan berprestasi tinggi untuk kereta-kereta Subaru. kehebatan teknologi kejuruteraan perlumbaan STI ini juga banyak mempengaruhi model-model terbaru Subaru sekaligus memberikan keyakinan yang lebih baik kepada pemandu. Model flagship STI semestinya ialah WRX STI dan masih kekal menawan hati peminat Subaru di seluruh dunia.

Sejak mula ditubuhkan pada tahun 1988, STI telah membantu Subaru merangkul kejuaraaan WRC sebanyak 3 kali dengan 47 kemenangan keseluruhan dan 4 kemenangan dalam perlumbaan Nurburgring 24-jam. Kejayaan rali sentiasa tiba dan mereka dikatakan akan kembali ke perlumbaan 24-jam Nurburgring pada Mei ini.

Pada Julai 2017, Subaru mencipta sejarah dengan mencipta rekod baru kereta sedan di Nürburgring Nordschleife (north loop) dengan catatan masa 6:57.5 saat menggunakan Subaru WRX STI Type RA NBR. Mereka juga mendapat bantuan daripada Subaru Amerika dan Prodrive. Kereta tersebut juga turut mencipta rekod di Isle of Man TT dan Goodwood Festival of Speed di mana ia merupakan kereta ketiga terlaju dalam kelajuan mendaki bukit.

BACA: KISAH SHOWROOM SUBARU YANG DITINGGALKAN

Sempena kejayaan tersebut, Subaru mengeluarkan sebuah kereta edisi terhad yang dinamakan WRX STI Typa RA (Record Attempt). Subaru WRX STI 2018 merupakan model STI terbaik buat masa kini dari segi kawalan dan prestasi.

Subaru WRX STI Type RA pula berada pada kelasnya yang tersendiri dengan lebih kuasa, bumbung gentian karbon, suspesi sport STI Bilstein dan sistem Multi Mode Vehicle Dynamics (VDC) yang telah diubahsuai. Tak cukup dengan itu, STI turut menawarkan BRZ tS edisi terhad yang ditala oleh mereka ke pasaran lengkap dengan suspensi STI dan sport rim 18 inci.

Permulaan sejarah

Sejarah perlumbaan Subaru bermula seawal tahun 1972 bila Subaru Leone mula bertanding dalam perlumbaan Australia Southern Cross Rally.

Pada 1980, Subaru telah mencipta sejarah dengan menjadi model kereta pacuan empat roda pertama menyertai WRC. Gandingan pacuan empat roda dan enjin berkuasa turbo menjadikan Subaru lebih kompetitif. Mereka semakin komited dengan perlumbaan dan hasilnya lahirlah Subaru Tecnica International ataupun STI.

Dengan panduan yang diberikan oleh pengasas dan presiden STI yang pertama, Ryuichiro Kuze, STI membina model pertama mereka yang dinamakan Subaru Legacy RS RA 1989.

Ia menampilkan  suspensi dan brek yang diubahsuai dan dikuasakan oleh enjin boxer turbo Subaru yang berupaya menghasilkan 220 hp kuasa maksima.

Pada Januari 1989, STI menyiapkan Subaru Legacy Turbo khusus untuk FIA World Speed Endurance Record untuk 100,000 kilometer. Subaru telah memecahkan rekod baru bila dipandu selama 20 hari di atas litar di Arizona dengan kelajuan purata 222 km/j.

Dominasi WRC

Selepas menempa kejayaan dalam Safari Rally 1990, STI mula mensasarkan kejohanan WRC yang lebih besar. Legacy telah dipilih sebagai model untuk membawa cabaran Subaru ke arena WRC dengan Colin McRae sebagai pemandu. Subaru menang buat pertama kali di Rali New Zealand tahun 1993.

Kegemilangan bermula pada tahun 1994 bila STI mula menggunakan Impreza sebagai platform baru. Pasukan STI mendapat tempat kedua keseluruhan pada 1994 dan kemudian merangkul gelaran pengeluar secara berturut-turut dari 1995,1996 dan 1997 menjadikan mereka syarikat pengeluar kenderaan Jepun pertama berjaya merangkul kejayaan secara berturutan!

Dengan 47 kemenangan WRC, STI berjaya menjadikan Subaru lebih berjaya berbanding syarikat Jepun lain.

Kejayaan demi kejayaan dicapai antaranya ialah Colin McRae (juara pemandu 1995), Richard Burns (juara 2001), Petter Solberg (juara 2003) telah menjadikan STI satu jenama yang dihormati dalam arena rali.

Kini Subaru dan STI masih dan akan terus menaluk pelbagai acara rali diseluruh dunia

 

 

 

 

Google ads
Back to top button