Artikel Pilihan

5 ENJIN BMW YANG TAHAN LASAK SEPANJANG ZAMAN

Jenama BMW memulakan operasi mereka sebagai pembuat enjin untuk kapal terbang 100 tahun yang lepas sebelum mengembangkan perniagaan mereka dalam bidang penghasilan kenderaan dan juga motosikal. Enjin 6 silinder sebaris buatan BMW telah dihasilkan dan digunakan pada model 303 Cabriolet pada tahun 1933

Selepas kehancuran akibat perang dunia kedua, kebanyakan industri Jerman lumpuh dan menghalang BMW daripada menghasilkan keereta sehinggalah pada tahun 1952. Namun menjelang tahun 1970an, BMW mula menghasilkan sedan BMW 3 Series namun enjin ini merupakan enjin 4 silinder

Model 3 Series mula menerima enjin 6 silinder sebaris padA tahun 1978 dan enjin 6 silinder merupakan enjin yang sangat sinonim dengan BMW semenjak dari itu. Berikut ialah senarai enjin 6 silinder yang tahan lasak dan popular yang pernah dihasilkan oleh BMW.

1. Enjin M20 -merupakan enjin 6 silinder yang dihasilkan oleh BMW pada akhir 1970an sehinggalah pada awl 1990an. Ia menggunakan blok enjin yang dihasilkan daripada keluli manakala kepala silimnder pula menggunakan aloi aluminium dengan sesdaran enjin samaada 2000cc ataupun 2700cc

Enjin ini menggunakan teknologi pemasaan injap, sistem aci sesondol SOHC dan beberapa teknologi yang ringkas menjadikannya sangat mudah untuk diselenggara dan boleh beroperasi sehingga 320,000 km tanpa masalah sehinggakan pomen bawah pokok pun boleh membaiki enjin ini dengan mudah

2. M50 – mula digunakan pada model E36 bagi menggantikan enjin M50 dan dipasanga dengan sistem pemasaan injap boleh laras VANOS yang menjadikan enjin ini lebih efisyen tapi pada masa yang sama menjadikan enjin ini lebih kompleks

M50 juga dipasang dengan coilon plug ignition system, rongga kemasukan udara yang dihasilkan daripada plastik dan juga sistem suntikan bahan api EFI bagi menjana 189 kuasa kuda dan 244Nm tork. Enjin ini juga boleh beroperasi pada RPM yang lebih tinggi iaitu 6500 RPM

BMW menghasilkan beberapa varian enjin M50 daripada 2000cc ke 2500cc, dengan varian DOHC menggunakan 4 injap per silinder, blok enjin keluli dan kepala sinder yang menggunakan aloi aluminium. Selain digunakan pada model E36, enjin ini turut digunakan pada E34 5 Series sedan dan juga wagon

3. M54 – diperkenalkan pada tahun 2000 dan digunakan pda kebanyakan model SUV BMW seperti X3 dan juga X5 selain digunakan pada model sedan 3 Series, model sport Z4 dan juga BMW 7 Series E65 antara tahun 2000 ke 2006.

Enjin blok telah digantikan dengan menggunakan blok aluminium dan diberikan iron liners bagi meningkatkan kekuatan enjin. Bagi sesetengah pasaran, model prestasi tinggi diberikan kod ZHP dengan aci sesondol yang lebih agresif serta perisian ECU yang berkuasa bagi menjana 235 kuasa kuda dan 300Nm tork pada 6800 RPM

Bagi memastikan enjin ini cekap tenaga, ia dipasang dengan sistem dual VANOS, air intake valve DISAthrottle body yang dikawal dengan elektronik dan juga thermostat. Enjin ini juga dinobatkan antara enjin yang boleh diharap dengan memenangi 3 anugerah enjin terbaik Wards secara berturut-turut antara tahun 2001 hingga tahun 2003.

4. N52 – diperkenalkan pada tahun 2004 dengan 2 pilihan samaada 2500cc ataupun 3000cc dan digunakan pada pelbagai model yang digunakan oleh BMW sehinggalah pada tahun 2015 sehinggalah BMW memutuskan untuk menggunakan enjin turbo dalam model mereka.

Enjin ini adalah enjin terakhir menggunakan aspirasi normal, sistem VANOS berkembar, pam cecair penyejuk yang menggunakan elektrik serta pam minyak pelincir yang boleh laras secara automatik berdasarkan keperluan enjin. Teras enjin menggunakan magnesium bagi menggantikan aloi aluminium untuk menjadikannya lebih ringan

Enjin ini boleh ditala antara 174 kuasa kuda sehingga 215 kuasa kuda dan 190Nm tork sehingga 250Nm tork bagi varian 2500cc. Bagi varian 3000cc, enjin ini berupaya untuk menjana sehingga 268 kuasa kuda dan 314Nm tork

5. B58 – merupakan enjin 6 silinder generasi baru daripada BMW, paling boleh diharap dan merupakan tawaran paling canggih daripada BMW buat masa ini. Enjin yang membuat kemunculan pada tahun 2015 ini juga turut digunakan oleh Toyota GR Supra dan Morgan Six Plus

B58 terkenal sebagai enjin yang sangat cekap tenaga, menggunakan sistem Double VANOS, Valvetronic Valve Lift dan menjana sehingga 355 kuasa kuda dan 500Nm tork dengan bantuan sistem turbo variable geometry

Enjin ini juga memiliki varian prestasi tinggi dikenali sebagai S58 yang ditawarkan mulai tahun 2019 dengan menggunakan satu lagi unit turbo dan satu lagi pam minyak enjin elektrik untuk membantu menyejukkan sistem turbo.

S58 juga menggunakan aci engkol yang dihasilkan daripada aloi chrome moly steeldan bersambung dengan piston forge yang dihasilkan oleh MAHLE Motor Sport. S58 menjana sehingga 453 kuasa kuda dan 550Nm tork

Google ads
Back to top button