Buletin

TEKNOLOGI, PLATFORM SMART #1 TAWAR MOBILITI URBAN PREMIUM

Sejak membuat kemunculan perdana pada Julai lalu di acara Ekspo Kenderaan Elektrik (EVx) 2023, smart #1 sememangnya antara model meraih banyak perhatian.

smart #1 hadir dengan menawarkan mobiliti urban premium termasuk disertakan teknologi canggih dan smart #1 dilihat bersedia untuk mentakrifkan semula pengalaman pemanduan sekali gus menaikkan standard kenderaan elektrik di pasaran Malaysia.

Berdasarkan platform “Sustainable Experience Architecture” (SEA), ia menawarkan pelbagai kelebihan antaranya seperti kecekapan kos, reka bentuk boleh disesuaikan, dan prestasi yang dipertingkatkan.

Selain itu, ia juga direka untuk penggunaan ruang yang optimum, reka bentuk fleksibel dan pada masa yang sama, memberi jaminan keselamatan kepada pelanggan.

Untuk rekod, platform modular khusus EV ini turut mendapat penarafan keselamatan 5 bintang.

Bukan itu sahaja, smart #1 tiba dengan faedah pemacu roda belakang yang tiada tandingan serta menawarkan pengendalian, pecutan, dan ketepatan brek.

Melaluinya juga pengguna boleh merasai sendiri fleksibiliti smart #1 menerusi mod pemanduan (eco, comfort, sport) selain mempunyai tiga tahap bantuan stereng, termasuk dilengkapi E-pedal.

Selain teknologi serta sistem keselamatan, perkara lain menjadi fokus utama adalah mengenai pengecasan.

smart #1 menyediakan keupayaan pengecasan luar biasa di mana ia disokong oleh pengecasan AC sehingga 22kW dan hanya mengambil masa kurang daripada tiga jam bagi setiap pengecasan penuh.

Tambahan, smart # 1 lebih dari sekadar mengecas. Ia membolehkan anda menggunakan tenaga kereta untuk aplikasi elektrik yang lain dengan bekalan kuasa terbalik 3.3kW V2L.

Untuk pilihan pengecasan lebih pantas, smart #1 menawarkan keupayaan DC Super Charging 150kW (380A), dengan masa pengecasan di bawah 30 minit untuk SOC 10 peratus hingga 80 peratus.

Dari segi kuasa pula, smart #1 dikuasakan oleh motor elektrik Tunggal, berupaya menjana 268hp dan tork 343Nm.

Kuasa daripada pek bateri berkapasiti 66kWh itu disalurkan ke roda belakang yang mampu mencatat pecutan 0-100km/j dalam masa 6.7 saat.

Dengan sekali caj, ia boleh bergerak sekitar 420km hingga 440km dan kelajuan dihadkan kepada 180km/j.

Google ads
Back to top button