Buletin

9 INDUSTRI YANG KINI DIBENARKAN BEROPERASI SEMASA PKP

Meskipun Perintah Kawalan pergerakan dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi hingga 28 April, kerajaan membuat ketetapan baru yang membolehkan industri terpilih untuk beroperasi.

Berikut ialah senarai yang dikeluarkan.

  1. Industri Aeroangkasa
  2. Industri Automotif (terhad kepada eksport unit siap pasang sepenuhnya – CBU, peralatan dan komponen, serta perkhidmatan selepas jualan contohnya penyelenggaraan).
  3. Industri Mesin dan peralatan .
  4. Projek-projek pembinaan, termasuk industri simen; besi dan keluli. (i) Projek di mana Kontraktor G1–G2 sebagai kontraktor utama (ii) Projek yang telah disahkan mencapai kemajuan fizikal 90% ke atas (iii) Kerja-kerja terowong (iv) Kerja-kerja penyelenggaraan (v) Kerja-kerja cerun (vi) Kerja-kerja kecemasan yang termaktub dalam perjanjian kontrak (vii) Kerja-kerja penyelenggaraan, pembersihan dan pengeringan air bertakung, penyemburan racun serangga di tapak bina bagi mengelakkan pembiakan nyamuk Aedes dan lain-lain haiwan perosak (viii) Kerja-kerja lain yang jika tidak disempurnakan boleh mendatangkan bahaya (ix) Projek bangunan dengan 70 IBS score ke atas (x) Projek pembinaan dengan fasiliti/ kemudahan tempat tinggal untuk pekerja seperti Kuarters Pekerja Berpusat atau kem pekerja
  5. Perkhidmatan sains, profesional dan teknikal termasuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) (hanya terhad kepada: – perkhidmatan berkaitan guaman; – aktiviti-aktviti R&D berkaitan COVID19; – makmal-makmal ujian (Lab testings) bagi sektor-sektor yang dibenarkan beroperasi sahaja; dan – perkhidmatan berkaitan minyak & gas.
  6. Perkhidmatan kesihatan sosial termasuk perubatan tradisional yang berdaftar (hanya terhad kepada registered Traditional and Complementary Medicine or TCM practitioners)
  7. Perkhidmatan kedai hardware, kedai barangan elektrik dan elektronik dan kedai cermin mata sahaja dalam pemborongan dan peruncitan.
  8. Perkhidmatan gunting rambut asas (gunting sahaja).
  9. Perkhidmatan dobi (full service dan bukan layan diri)

Berdasarkan keputusan terbaru ini, syarikat di dalam sektor tambahan yang disenaraikan perlu membuat permohonan untuk beroperasi kepada MITI bermula Isnin depan.

Kesemua permohonan mestilah dibuat secara atas talian di laman sesawang MITI, www.miti.gov.my dan permohonan yang menepati syarat dan lengkap sahaja akan diproses.

BACA: KEDAI GUNTING RAMBUT DAN DOBI DIBENARKAN BEROPERASI

Google ads
Back to top button