Buletin

9 MANFAAT YANG DITERIMA OLEH PROTON HASIL KERJASAMA DENGAN GEELY

Pada majlis tandatangan perjanjian di DRB HICOM Berhad dengan rakan strategiknya, Zhejiang Geely Holding dari China, Pengarah Urusan Kumpulan DRB HICOM Berhad ,Datuk Seri Syed Faisal Albar telah menggariskan sembilan manfaat yang bakal diterima oleh Proton.

  1. Proton akan mempunyai akses kepada semua teknologi dan kepakaran terkini Geely. Geely juga akan menyediakan kepakaran dari segi pengurusan kepada Proton.
  2. Suntikan wang tunai sebanyak RM170.3 juta
  3. Kerjasama ini membuka ruang kepada Proton untuk meneroka pasaran leboih luas. Terutama ke pasaran Asia Tenggara dan China.
  4. Proton akan diiktiraf sebagai pusat kecemerlangan Geely di peringkat global.
  5. Kemudahan pengilangan Proton di Tanjung bakal menjadi hab pengeluaran dan R&D untuk model pemanduan sebelah kanan Geely.
  6. Para vendor di bawah Proton berpeluang untuk mengembangkan sayap mereka. Tidak mustahil mereka boleh menjadi pembekal komponen automotif kepada jenama premium seperti Volvo jika mereka memenuhi standard yang telah ditetapkan. Sekali gus menjadi sebahagian daripada sistem pembelian alat ganti.
  7. Kilang Proton di Tanjung Malim akan menjadi pusat pengeluaran model-model Volvo
  8. Operasi Proton akan dipindahkan ke Tanjung Malim.
  9. Proton bakal mengeluarkan model SUV pertamanya yang dibina berasaskan kepada Geely Boyue. Namun begitu, perincian dari segi bila ia akan berada di pasaran, adakah ia akan dibawa masuk sebagai model CBU dahulu atau mempunyai sejumlah kandungan alat ganti tempatan akan diperhalusi kemudian.
Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button