
ALKISAH PROTON IRIZ RALI – BERAPA PULA KOS UNTUK BINA JENTERA RALI INI?
Sepatutnya kelibat model Proton Iriz dalam sukan rali telah lama boleh dilihat. Walau pun telah siap dibina oleh Proton R3, namun aksinya di Ladang Kelapa Sawit tanahair tidak pernah dilihat dan terus lenyap sehingga ke sekarang. Sayang kan?
Tapi tahukah anda bahawa sebuah Proton Iriz juga pernah dilihat beraksi di Rally Sprint sebelum ini dengan dipandu oleh Khairul Nizam sebelum beliau sendiri memutuskan untuk membina sendiri sebuah jentera rali sebenar dan menghasilkan sebuah Proton Iriz turbo 4WD!

Namun kelibat sebuah lagi Proton Iriz yang masih lagi berwarna standard Kelabu ketika beraksi di Rally Jempol sebenarnya turut menarik perhatian peminat rali tempatan. Menariknya, jentera tersebut dipandu oleh pemandu rali wanita Nazatul Shima Mamat yang telah bergabung bersama Khairul Nizam untuk bergabung membentuk pasukan JRSpeed Sucimuci – FTuned Suspension Rally Team. Ini bermakna dua Proton Iriz bersama dalam satu pasukan ini
Dan khusus untuk anda yang ingin menceburi sukan rali secara serius, marilah BK huraikan berapakah kos permulaan untuk membina sebuah jentera rali berdasarakan Proton Iriz 1.3 M ini.
- Proton Iriz 1.3 M (terpakai) – RM10,000
- Rollcage & penambahan pengukuhan weld spot pada menara suspensi – RM8,000
- Aluminium sum guard – RM2,000
- Tempat duduk perlumbaan + 4 point harness – RM4,000
- Tayar rali saiz 15′ – semurah RM900 (seunit – minima lima unit termasuk tayar simpanan)
- Rim rali bersaiz 15′ – semurah RM1,800
- Penyelenggaraan enjin & kotak gear – RM3,000
- Aksesori rali (klip bonet, mud flap, alat pemadam api) – RM2,000
- Set interkom – RM1,500
- Helmet rali (basic) – RM2,500 seunit kali dua (guna duit juruarah untuk beli dia punya helmet kalau nak jimat)

Jadinya secara teknikalnya anda memerlukan sekurangnya RM41,800 untuk membina sebuah jentara rali menggunakan Proton Iriz. Tapi itu belum lagi kira penggunaan sistem suspensi yang handal daripada FTuned – Rally Spec (R Series) ini yang sememangnya handal dan telah terbukti kehandalannya ketika beraksi di Jempol dengan permukaan yang agak ekstrem itu hari.
Tetapi kos tambahan masih lagi diperlukan sekiranya mahu memyertai pertandingan rali membabitkan kos yuran penyertaan, krew, alat ganti, pengangkutan, penginapan, dan juga air sirap ketika di pit yang mana mungkin sekitar RM 10,000 diperlukan. Kalau dapat tajaan minyak enjin Petronas Syntium Racer seperti mana yang digunakan oleh Proton Iriz ini juga pastinya berbaloi juga kan. Moga dapat tajaan lagilah hendaknya mereka selepas ini.

Sukan rali ini sememangnya tidak murah dan tidak popular serta tiadanya gadis litar berpayung. Tapi ingatlah, sukan rali ini sebenarnya sejenis sukan yang mendebarkan dan penuh dengan drama dan kejutan.
Menurut Shima sempat ditemui, beliau nyatakan kerja – kerja tingkat taraf yang lain terutamanya pada bahagian enjin mungkin akan dilakukan selepas tamat aksi rali di Sepang minggu ini.
Kredit Foto : FB Farouk FTuned
BACA : PROTON IRIZ 4WD TURBO – NAMPAK MACAM MODEL R5 TAPI BUKAN DIA



