Artikel Pilihan
PROTON IRIZ 4WD TURBO – NAMPAK MACAM MODEL R5 TAPI BUKAN DIA
Sekali imbas barangkali ada yang menyangka ini adalah sebuah replika atau pun jelmaan terhadap model rali Proton Iriz R5. Model Proton Iriz ini ditemui ketika menyertai perlumbaan rali bersempena dengan MAM Malaysia Festival of Speed (MFOS) di Litar Sepang tempohari. Si Rellik Niezam ini berpasangan dengan Juruarah Shahrol Zainal yang juga merupakan partner in-crime beliau dalam rali sebelum ini.
Jom kita baca apa yang menarik tentang model rali ini.
- Ini adalah sebuah model rali Proton Iriz 4WD Turbo milik Rellik Niezarm yang juga merupakan orang kuat JRSpeed Sucimuci.
- Kelibat Proton Iriz ini terlebih dahulu dikesan sewaktu sesi Rally Shakedown yang diadakan di Melaka beberapa bulan sudah tetapi masih lagi dengan rupa asal yang standard.
- Oh ya, mungkin juga ada yang berkata ini juga adalah Proton Iriz yang serupa di pandu oleh Rellik Niezarm sewaktu menyertai Rally Sprint tetapi sebenarnya bukan. Nampak macam sama tapi bukan dia.
- Proton Iriz yang ini dibeli secara terpakai dengan harga yang agak murah juga kata si Rellik. Tetapi kos untuk membangunkan sebuah jentera rali yang sesedap mata memandang dan sesedap kaki menekan (sebenarnya belum beberapa sedap lagi kata si Rellik) tidaklah murah. Malah beliau juga harus melepaskan jentera rali Mitsubishi Evo 3 miliknya bagi menampung kos pembinaan Proton Iriz 4WD Turbo ini.
- Ketika ingin menyertai perlumbaan rali MFOS ini, sebetulnya jentera ini baharu sahaja disiapkan saat akhir. Termasuklah juga dengan kerja – kerja kimpalan untuk menyiapkan ruang arca di bahagian roda.
- Nadi asal Campro VVT telah dinaiktaraf kepada 1600 cc dengan kerjasama Prodrag & JMS Tuner dan telah menggunakan kotak gear daripada Mitsubishi.
- Beberapa nama tuner / bengkel telah bertanggungjawab untuk menyiapkan Proton Iriz 4WD Turbo ini seperti Matspeed Racing, Zali Tune Experiment, Werks Machine, K1 Exhaust Specialist, Sahabat Garage, Din JJ Autopart, Street Monkey Garage & Turbodottcom.
- Untuk bahagian luaran, terdapat juga beberapa nama seperti GSR Autowork, 48 Garage Autospray, C-fu Garage, Classic Mini Solution dan juga Brotherhood Sticker untuk membantu menyiapkan rupa yang cantik dan menarik untuk Iriz ini.
- Menurut Rellik yang ditemui tempohari, kuasa optimum masih lagi belum diperolehi ketika ianya disiapkan untuk berlumba tempohari. Namun beliau akan cuba mencari di manakah punca agar ianya dapat memecut lebih laju lagi di masa akan datang.
- Tahukah anda juga bahawa Proton Iriz 4WD Turbo ini masih lagi dilengkapi dengan fungsi pendingin hawa. Bolehlah on aircond kata Rellik sementara menunggu waktu perlepasan. Tak adalah panas sangat.
- Stereng pun masih lagi mengguna yang asal daripada Proton. Tak sempat tukar katanya.
- Satu perkara yang menarik tentang Rellik Niezarm dan pasukan JRSpeed Sucimuci ini, mereka adalah sebuah pasukan lumba yang cukup bagus organisasinya. Mempunyai jentera lumba yang baik, sama ada untuk di litar atau pun di laluan sawit, lengkap pula dengan Tim Media mereka sendiri seperti Adrenaline Impact dan juga TUNE Photography.
- Mungkin kalau kalau ada penaja besar yang ingin masuk, pasukan ini sudah tentunya pilihan yang tepat. Bolehlah beliau berlumba hingga ke bumi Siam setidaknya. Paling penting, pasukan ini juga mesra Mekanika. Apa sahaja soalan yang ditanya, cepat aja membalasnya.
BACA : MAM MALAYSIA FESTIVAL OF SPEED – KARAMJIT SINGH JUARA RALI!
BACA : #IKLAN PILIHAN : KERETA LUMBA EVO III SIAP SEDIA BERLUMBA UNTUK DIJUAL