Artikel Pilihan

AMERIKA & NHTSA AKAN KUATKUASAKAN SISTEM BREK AUTOMATIK YANG LEBIH KETAT

Jabatan Pengangkutan Amerika (DOT) mencadangkan agar semua kenderaan baru yang akan dijual nanti wajib dilengkapkan dengan sistem brek kecemasan automatik yang lebih efektif dalam masa terdekat. Walaupun hampir 90% kenderaan yang dijual di Amerika dipasang dengan AEB, DOT mencadangkan sistem AEB yang lebih canggih

Antara perkara yang dicadangkan termasuklah AEB boleh mengesan pejalan kaki dan penunggang basikal pada waktu malam. Pelaksanaan AEB yang dilakukan secara sukarela pada tahun 2015 menyaksikan kes kecederaan akibat kemalangan berkurangan dengan drastik, dan data menunjukkan ia mampu mencegah 28,000 kes kemalangan dan 12,000 kes kematian menjelang tahun 2025

Namun buat masa sekarang DOT dan National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA) mencadangkan agar AEB diwajibkan pada semua kenderaan baru dalam tempoh 4 tahun akan datang. Pada hari ini, hampir 65% kenderaan yang dijual di Amerika memenuhi syarat 5 bintang ujian keselamatan perlanggaran yang digazetkan

Antara perkara yang dicadang untuk dinaiktaraf termasuklah kenderaan yang bergerak pada halaju 60km/jam wajib berhenti sepenuhnya dari melanggar pejalan kaki serta berupaya mengesan pejalan kaki pada waktu malam

American Automobile Association (AAA) pula telah menguji pelbagai sistem AEB dan mendapati sistem yang ditawarkan gagal membrek pada halaju yang tinggi. Ini termasuklah gagal berhenti di persimpangan jalan dengan 40% kes melibatkan kemalangan maut masih gagal dicegah dengan brek AEB.

Kajian juga mendapati 70% kes kemalangan maut berlaku pada waktu malam dan 6 bulan pertama tahun 2022 sebanyak 3434 kematian dicatatkan. NHTSA pula menganggarkan bahawa 23,000 kes kecederaan yang direkodkan antara tahun 2016 ke 2019 boleh dihapuskan terus jika peraturan baru ini dikuatkuasakan

Google ads
Back to top button