" "
Motosikal

EMOS LANCAR KAWASAKI Z900 & Z900 SE. METER TFT, SUSPENSI OHLINS, BERMULA RM44K

Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS), anak syarikat Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) hari ini secara rasmi melancarkan Kawasaki Z900 dan Z900 SE ke pasaran tempatan.

Z900 ditawarkan dalam dua pilihan warna baharu pada harga berlainan. Warna kelabu metalik (Metallic Matte Graphenesteel Grey) dijual pada harga RM44,900 manakala warna hitam (Metallic Spark Black berharga RM43,900. 

Model edisi khas, Kawassaki Z900 SE pula boleh anda miliki pada harga RM55,900 dengan satu pilihan warna iaitu hijau (Candy Lime Green).

Autodesk VRED Professional 2022.2

“Ini merupakan model Kawasaki berkapasiti tinggi yang pertama dipasang di kilang MODENAS, Gurun, Kedah. Syarikat amat berbangga di atas kebolehupayaan para pekerja dalam memasang serta menguji motosikal Kawasaki ini dengan berpandukan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

“Ujian akhir prestasi enjin turut dijalankan di mesin “test bench” Kawasaki yang pertama di Asia Tenggara yang kini ada di kilang kami,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, Roslan Roskan.

Kawasaki Z900 dan Z900 SE telah menerima pelbagai naik taraf seperti sistem elektronik moden, termasuk kawalan cengkaman, mod kuasa tunggangan dan panel meter TFT dengan ketersambungan Bluetooth.

Autodesk VRED Professional 2019.1

Kawasaki Z900 SE Edisi Khas

Walaupun dikuasakan oleh enjin 948cc yang sama dengan Z900, model itu  didatangakan dengan beberapa ciri tambahan lain.

Antaranya ialah sistem suspensi hadapan Showa 41 mm boleh laras sepenuhnya, suspensi belakang jenis absorber tunggal yang telah dinaik taraf dengan unit S46 Öhlins. 

Dengan sistem suspensi berspesifikasi tinggi, Kawasaki Z900 SE dapat memberikan cengkaman, pengendalian serta keselesaan lebih baik berbanding model asas. Brek pada model SE menggunakan angkup Brembo M4.32 empat omboh dan silinder induk Nissin baharu.

Kedua-dua model boleh didapati di semua bilik pameran pengedar sah KAWASAKI bermula minggu kedua Jun 2023. 

Maklumat lanjut, sila layari laman web: http://www.kawasaki.com.my/home  atau hubungi talian B 1-800-880-008 atau WhatsApp Careline di 019-570 8135.

GALERI

Google ads
Back to top button